Lambaian Kaabah, dua juta umat Islam tunaikan haji


Jemaah haji berdoa ketika menunaikan ibadat wukuf di Arafah, salah satu rukun haji. – Gambar AFP, 31 Ogos, 2017.

LEBIH dua juta umat Islam dari seluruh dunia berada di tanah suci Mekah bagi memulakan ibadat haji, hari ini.

Tahun ini menyaksikan jemaah dari Iran kembali dibenarkan menunaikan haji selepas tidak berbuat demikian tahun lalu berikutan perbalahan diplomatik antara republik itu dan Arab Saudi.

Tindakan saman juga dilakukan dengan negara Teluk terbabit dalam krisis politik dan IS berada dalam tekanan di Iraq dan Syria.

Pihak berkuasa Arab Saudi menggerakkan sumber secara besar-besaran bagi mengelak berulangnya insiden rempuhan maut 2015 yang menyebabkan hampir 2,300 maut termasuk 464 jemaah Iran.

Riyadh dan Tehran memutuskan hubungan selama beberapa bulan selepas ulama Syiah dihukum mati di Arab Saudi mencetuskan serangan ke atas misi diplomatik Arab Saudi di Iran.

Ibadat haji tahunan itu juga berjalan di tengah krisis diplomatik antara blok Arab diketuai Arab Saudi dengan Qatar, yang dituduh menyokong militan dan terlalu rapat dengan Iran.

Sekatan ke atas Qatar sejak 5 Jun lalu menyaksikan hubungan menerusi udara dan laut ditutup, menghalang ramai rakyat negara itu menunaikan haji walaupun Riyadh mengendurkan hak kemasukan menerusi sempadan darat dengan Qatar, dua minggu sebelum musim haji bermula. – AFP, 31 Ogos, 2017.

Lambaian Kaabah dari lensa kamera


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen