Tabung amanah ditubuhkan untuk pastor yang hilang


Noel Achariam

Ahli Citizen Action Group on Enforced Disappearence (Caged), Thomas Fann menyampaikan ucapan semasa majlis vigil bagi empat individu yang hilang iaitu Pastor Raymond Koh, Amri Che Mat, Joshua Hilmy dan Ruth Hilmy di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 26 Ogos lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Ogos, 2017.

SATU tabung amanah diwujudkan oleh peguam keluarga Pastor Raymond Koh untuk membantu mereka sepanjang tempoh ketiadaannya.

Kenny Ng, yang mewakili keluarga itu berkata, ia berkenaan ditubuhkan minggu ini bagi membantu keluarga Koh memandangkan beliau tiada untuk menanggung keluarganya.

“Sejak Koh tiada, keluarganya memerlukan semua bantuan yang boleh kerana beliau adalah pencari nafkah tunggal.

“Ia juga untuk membantu mengenai kehilangannya dan mengetahui apa yang sebenar berlaku kepadanya,” katanya selepas menghadiri majlis vigil untuk Koh di Klang semalam.

Ng berkata tabung amanah itu juga akan membantu menyokong Harapan Komuniti menjalankan kerja sosial.

Beliau berkata semasa ketiadaan Koh, banyak perkara tidak teratur dihadapi keluarga, terutama Harapan Komuniti, yang memerlukan bantuan.

“Kami merayu kepada masyarakat yang pusat itu melakukan kerja sosial yang baik dan memerlukan sokongan mereka,” katanya.

Harapan Komuniti, pusat membaca dan pembelajaran, ditubuhkan Koh pada 2004 bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan dan persahabatan, tanpa mengira kaum, agama atau status sosial.

Ng berkata mereka telah membuka akaun dan akan diuruskan oleh lima pemegang amanah.

“Kami sedang mencari dana daripada bermurah hati dan sesiapa (yang) berminat untuk membantu.

“Saya pengerusi tabung amanah dan Susanna adalah salah seorang pemegang amanah.

“Tabung ini akan digunakan untuk keluarganya, Harapan Komunti dan membantu tiga individu lain yang hilang,” katanya sambil menambah tabung amanah itu akan dilancarkan minggu depan.

Pada pagi 13 Februari, Koh diculik daripada kenderaannya ketika memandu di Jalan SS4B/10 di Petaling Jaya.

Kejadian yang dirakam CCTV itu menunjukkan 15 lelaki dalam tiga SUV hitam melakukan penculikan dalam masa kurang satu minit.

Pastor Joshua Hilmy dan isterinya Ruth dan Amri Che Mat juga hilang.

Susanna Liew, isteri Koh juga menegaskan akan meneruskan pusat yang menjadi legasi Koh di Taman Sri Manja, Petaling Jaya itu.

“Kami berdepan cabaran dalam menguruskan tempat itu, kami berharap mendapatkan lebih ramai sukarelawan dan sumber untuk meneruskan kerjanya,” katanya.

Liew, yang menghadiri majlis vigil, juga diberi peluang menyatakan kesedihannya.

Beliau berkata Koh akan sentiasa dikenang oleh keluarga dan rakan-rakan dan mereka akan terus menaruh harapan.

Lebih 100 orang hadir terdiri termasuk rakan dan ahli keluarga di gereja St Barnabas, Klang untuk memperingati kehilangan Koh selama 200 hari.

Penduduk Klang, Andrew Ng, 60, yang menghadiri majlis itu berkata beliau datang untuk memberi sokongan kepada keluarga Koh yang pernah ditemuinya lima tahun lalu.

“Kehilangan Koh bukan hanya menjadi perhatian rakyat Malaysia tetapi sesiapa sahaja yang hilang.

“Ini tidak sepatutnya berlaku di negara maju. Saya tidak fikir polis begitu naif, saya pasti ada yang tahu apa yang berlaku,” katanya.

Majlis dianjurkan “Klang Pastors Fellowship” dan berakhir pada jam 11.00 malam itu menyaksikan mereka yang hadir menyalakan lilin di taman di depan gereja untuk memperingati Koh dan tiga yang lain. – 31 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • sebelum ini kecoh kes kehilangan Pastor Raymond Koh yang mana NGO pembangkang membuat tuduhan liar terhadap kerajaan. tapi bila siasatan diperhebatkan oleh PDRM tahu pula mereka diam setelah ketahui hal yang sebenar. harap mereka tidak sewenang-wenangnya membuat serkap jarang.

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan