SETIAUSAHA Agung PBB, Antonio Guterres menggesa supaya sekatan ke atas Tebing Gaza dihapuskan selepas melawat daerah Palestin itu yang disifatkannya sebagai “krisis kemanusiaan paling dramatic” pernah dilihatnya.
“Saya sangat tersentuh dengan Gaza hari ini, menyaksikan salah satu krisis kemanusiaan paling dramtik pernah dilihat selepas bertahun saya bekerja sebagai pekerja kemanusiaan di PBB,” kata Guterres.
Katanya lagi, “sangat mustahak untuk membuka sekatan itu” merujuk kepada sekatan berdekad lamanya dikenakan Israel ke atas Gaza serta sempadan kawasan itu dengan Mesir yang juga ditutup baru-baru ini.
Guterres mengeluarkan kenyataan itu di sebuah sekolah yang ditadbir agensi PBB untuk pelarian Palestin, UNRWA di utara Tebing Gaza.
Militan Palestin di Gaza dan Israel sudah berperang sebanyak tiga kali sejak 2008.
Israel berkata sekatan itu perlu bagi menyekat Hamas yang mentadbir Tebing Gaza daripada mendapatkan senjata atau bahan yang boleh digunakan untuk membuat senjata.
Sekatan itu juga bertujuan untuk menekan Hamas.
Pegawai PBB mengatakan kawasan itu sudah menjadi kawasan yang sukar didiami dengan kekurangan bekalan elektrik dan air bersih. – AFP, 30 Ogos, 2017.
Komen