Malaysia juara Sukan Sea Ke-29, raih 145 pingat emas


Rekod ini adalah yang terbaik pernah dicapai kontijen Malaysia dalam Sukan Sea. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Ogos, 2017.

KONTIJEN Malaysia mengakhiri misi emas KL2017 dengan meraih 145 pingat emas, lebih tinggi berbanding sasaran 111 emas yang diletakkan sebelum ini.

Malaysia turut mengutip 92 perak dan 86 gangsa sekaligus berada di kedudukan pertama kutipan pingat keseluruhan dengan jumlah pingat 323 mendahului Thailand di tempat kedua dengan 246 pingat dan Vietnam di tempat ketiga (168).

Pingat emas pertama Malaysia disumbang pasukan sepak takraw lelaki menerusi acara chinlone dan sasaran 111 emas dipecahkan jaguh basikal negara, Azizulhasni Awang. Manakala, pingat emas ke-145 yang juga merupakan pingat emas terakhir Malaysia disumbangkan pasukan luncur ais lelaki yang menumpaskan Singapura sebentar tadi.

Ini adalah pencapaian terbaik pasukan kebangsaan dalam sejarah kejohanan sukan dwitahunan negara rantau Asia Tenggara itu. – 30 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen