MAKLUMAT peribadi seramai 1.165 juta mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibocorkan dalam talian, lapor portal lowyat.net.
Ia dilaporkan melibatkan pelajar pelbagai tahun pengajian antara tahun 2000 dan 2018 di kampus utama Shah Alam dan 13 kampus negeri.
Kebocoran berkenaan juga melibatkan data mahasiswa di kolej yang mendapat tauliah UiTM termasuk Inpens, Kolej Yayasan Terengganu dan Kolej Yayasan Pelajaran Johor.
Turut terlibat, pelajar Institut Yayasan Bumiputera Pulau Pinang, Kolej Uniti, Kolej Chermai Jaya, Kolej Lagenda Langkawi and Institut Teknologi Perak.
Laporan itu menyatakan, butiran yang dibocorkan itu adalah kad identiti pelajar, nama pelajar, nombor Mykad, alamat rumah, alamat e-mel, kod kampus, nama kampus. kod program. peringkat pengajian dan juga nombor telefon bimbit.
Kebocoran data yang dilaporkan berlaku sekitar Februari dan Mac tahun lalu.
Lowyat.net bagaimanapun tidak menyatakan alamat laman web yang memuatkan data berkenaan. – 26 Januari, 2019.
Komen