KEMUSNAHAN berpunca daripada taufan Harvey menjadikan ia antara lima bencana alam paling merugikan Amerika Syarikat (AS), dengan kegagalan empangan dan tambak berfungsi mengukuhkan ramalan kerugian.
Anggaran kerugian dan kemusnahan ekonomi keseluruhan mencecah AS$42 bilion (RM179 bilion) daripada AS$30 bilion (RM128 bilion), apabila banjir mula merebak ke Louisiana dan tidak dapat dikawal.
Anggara dibuat oleh firma pengasas model bencana, Enki Research, Chuck Watson.
Ketika pihak berkuasa masih memberi tumpuan kepada menyelamatkan mangsa semalam, persoalan mengenai keadaan selepas ribut itu dan jangkaan ia akan membadai Texas serta ekonomi AS dalam jangka panjang baru dinilai.
Penyelidikan terkini menunjukkan bencana alam boleh menyebabkan kemiskinan di kawasan yang pernah mengalaminya.
“Jika Harvey sekadar taufan biasa, ia menyebabkan kerugian AS$4 bilion (RM17 bilion).
“Ia memang tragik kepada penduduk yang terjejas tetapi kesan kepada makroekonomi lebih teruk,” kata Watson.
Bagaimanapun, jumlah kerugian masih jauh berbanding kemusnahan disebabkan taufan Katrina iaitu AS$118 bilion (RM503 bilion). – AFP, 30 Ogos, 2017.
Komen