Najib ingin buat rakyat lupakan skandalnya, kata Kit Siang


Christopher Rabin

Lim Kit Siang rakyat tidak sepatutnya melupakan penglibatan Najib Razak dalam skandal 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Januari, 2019.

TERDAPAT agenda untuk menghentikan Lim Kit Siang daripada membangkitkan skandal kleptokrasi Najib Razak berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) agar bekas perdana menteri itu dapat membuat kemunculan semula dalam bidang politik.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata rakyat tidak sepatutnya melupakan skandal Najib.

Bercakap kepada pemberita selepas kempen di Cameron Highlands hari ini, Lim berkata obsesinya terhadap bekas perdana menteri semata-mata kerana penglibatannya dalam skandal.

“Saya fikir ada orang yang berpendapat kita tidak perlu bercakap mengenai Najib sekarang dan melupakan kleptokrasi global 1MDB.

“Inilah sebabnya mengapa beliau boleh berharap mempunyai agenda pemulihan,” katanya di Kampung Taman Sedia di Brinchang.

Beliau berkata rancangan untuk membawa Najib kembali berkuasa kini semakin rancak memandangkan PAS juga mula bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan Umno.

“Akan ada kesatuan antara PAS dan Umno, dan semua parti lain seperti, MIC MCA, apa sahaja untuk membantu Najib berkuasa,” katanya.

Beliau menambah Najib tidak bercakap tentang skandal 1MDB semasa kempennya sendiri untuk menyokong calon BN di Cameron Highlands.

Najib baru-baru ini mengecam Lim kerana mengeluarkan kenyataan mengenainya setiap hari, dan juga melabel pemimpin DAP itu sebagai “Menteri Hal Ehwal Najib”.

Bagaimanapun, Lim tidak mengambil kisah dengan gelaran yang diberi itu.

“Saya fikir ia lebih baik daripada ‘King of Trolls’,” katanya merujuk kepada gelaran Najib  keraa kerap menggunakan media sosial dan Facebook untuk mengkritik Pakatan Harapan. – 24 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen