NAJIB Razak dijangka melancarkan lagu dengan sekumpulan pemuda yang mengesali situasi negara di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Pihak yang biasa dengan kumpulan produksi memberitahu The Malaysian Insight, lagu itu dirakamkan semalam di Ampang dan merupakan sebahagian daripada kempen lebih meluas oleh bekas perdana menteri.
Lagu sepanjang empat setengah minit yang dinyanyikan mengikut irama lagu popular “Kiss and Say Goodbye” oleh The Manhattans menunjukkan Najib menyanyi bersama-sama dengan kumpulan remaja terdiri daripada pelbagai kaum.
Lagu itu juga pernah dirakam oleh kumpulan Black Dog Bone, kumpulan rock Melayu dengan tajuk “Hatiku Luka Lagi”.
Seperti juga “Manhattan” dan versi Melayunya, lagu tersebut bermula dengan monolog oleh Najib.
Beliau berkata 9 Mei tahun lepas adalah hari yang paling menyedihkan dalam hidupnya.
“Saya disingkir. Selama bertahun-tahun saya berjuang untuk rakyat yang saya cintai. Tetapi apa yang boleh saya lakukan apabila saya menjadi mangsa agenda Pakatan Harapan yang berdasarkan fitnah dan membalas dendam. Sekarang berdoalah kepada Tuhan untuk memberi saya kekuatan untuk memulihkan Barisan,” katanya sebelum menyanyi bersama kumpulan itu.
Sumber dekat dengan ahli Parlimen Pekan itu berkata beliau dijangka melancarkan video sama ada hari ini atau esok. – 23 Januari, 2019.
Komen