PEJABAT Menteri Wilayah Persekutuan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta siasatan dilakukan ke atas pencerobohan dua lot tanah milik kerajaan di Medan Imbi, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Pencerobohan tanah itu berlaku kerana penyelewengan yang didakwa bermula sejak tiga tahun lalu, kata Pegawai Khas Kepada Menteri, Zulhazmi Shariff.
Menurut Zulhazmi, lot tanah seluas 0.14 hektar itu asalnya taman permainan dan kawasan lapang yang dipenuhi pokok tetapi kini sudah digantikan dengan sebuah bangunan pejabat enam tingkat serta gerai buah-buahan.
“Kedua-dua lot tanah itu dimajukan oleh sebuah syarikat yang sama di mana tanah itu bukan milik mereka mahupun DBKL sebaliknya ia adalah milik kerajaan.
“Berdasarkan siasatan dalaman yang dilakukan unit integriti kementerian, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dipercayai berlaku sejak Mac 2015 lagi,” katanya kepada pemberita sebelum membuat aduan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, hari ini. – 23 Januari, 2019.
MENYUSUL
Komen