Amaran perdagangan forex Bank Negara ‘tidak patuh peraturan’ diabaikan, kata bekas auditor


Bede Hong

Bekas auditor Jabatan Audit Negara, P Kanason Pnthinker mengatakan yang agensi itu berulang kali memberikan amaran yang perdagangan forex itu tidak mematuhi peraturan tetapi diabaikan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 29 Ogos, 2017.

25 tahun lalu, amaran berterusan yang dikeluarkan mengenai aktiviti perdagangan tukaran asing dilakukan Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai tidak mematuhi peraturan serta undang-undang tidak dipedulikan, kata bekas auditor kanan.

P. Kanason Pothinker, 78, yang ketika itu merupakan pengarah/ ketua pembantu auditor untuk semua agensi dan badan berkanun Persekutuan berkata yang pasukannya mendapati pedagang bank pusat itu “terlibat secara mendalam dalam perdagangan mata wang asing” berjumlah sehingga RM50 juta sehari.

“Diputuskan untuk meminta bantuan Jabatan Peguam Negara. Permintaan, sama ada melalui panggilan telefon atau surat, dilakukan untuk membincangkan perkara itu dengan Ketua Perkhidmatan Penasihatan (Ainum Mohamed Saaid) di jabatan peguam,” kata Kanason.

“Nasihat itu diberikan secara lisan oleh Ainum yang perdagangan forex Bank Negara dilakukan secara tidak tersusun, atau tidak mematuhi peraturan yang ada dalam Akta Bank Negara 1958, dan jawapan balas bertulis akan diberikan kerana ini. Perkembangan ini dilaporkan kepada Jabatan Audit Negara. Tetapi jawapan bertulis tidak diterima walaupun masa berlalu, dan saya fikir saya perlu tanya.

Kanason berkata dia berhubung dengan Ainum mengenai kerugian itu.

“Saya telefon Ainum dan diberitahunya seingat saya dia berkata, ‘orang atasan cakap jangan campur tangan’ dan saya dijanjikan jawapan, dan nasihat bertulis daripada pejabat Jabatan Peguam Negara yang isu itu akan diselesaikan antara ketua auditor dan gabenor Bank Negara.

“Jawapan atau nasihat dihantar kepada ketua auditor dan saya rasa salinan diberikan kepada gabenor (BNM). Ketua Auditor (Ishak Tadin) sangat marah dengan kejadian itu kerana mahukan penjelasan lebih baik dan sasarannya adalah saya. Saya ditanya apa yang saya akan lakukan?” 

Kanason berkata dia menghantar sepucuk surat beberapa hari kemudian “selepas berfikir panjang” kepada Gabenor BNM Jaafar Hussein “mengatakan dengan jelas” pandangan pejabat Audit Negara berkaitan dengan perdagangan tukaran asing yang sedang dilakukan itu dan memetik Seksyen 31 Akta Bank Pusat Malaysia 1958, dan memohon kandungan surat itu dibentangkan di depan lembaga pengarah.

“Gabenor membalas tidak lama kemudian mengatakan yang lembaga pengarah sudah bertemu dan kandungan surat itu sudah dimaklumkan kepada ahli lembaga pengarah.

Juga diputuskan yang Jawatankuasa Audit perlu diberikan penjelasan mengenai perkara itu dan permohonan dilakukan supaya Jawatankuasa Audit bertemu. Juga dipersetujui oleh Bank Negara dan ketika permulaan mesyuarat itu, apabila saya mula membangkitkan isu perdagangan forex, pengerusi (Tunku Ahmad Tunku Yahya) berkata “cukup, awak dah hantar surat kepada lembaga pengarah supaya (lembaga pengarah) tahu, jadi apa lagi?”

Ahli lain jawatankuasa itu juga tidak bersuara dan seperti direkodkan awal hari ini, Timbalan Gabenor (Lin See Yan) turut menghadiri mesyuarat itu. Tidak lama kemudian mesyuarat itu ditamatkan.

Pada awal 1993, saya terima panggilan dari Ketua Auditor (Ishak) dan selepas berbasa basi soal keluarga, dia beritahu saya yang Bank Negara Malaysia kerugian banyak wang, dan apabila saya tanya “berapa banyak”, dia mengatakan tidak boleh beritahu kerana saya adalah pegawainya!

“Yang saya ingat adalah saya tanya dia ‘sekarang apa nak buat Tan Sri” dan dia beritahu surat yang saya hantar kepada gabenor dan lembaga pengarah ada dengannya.

“Saya tak tanya Ainum siapa ‘orang atasan’ yang dia maksudkan dan dia juga tidak beritahu saya,” katanya.

Sementara itu, berasaskan laporan auditnya, Kanason berkata dia tidak menyedari mana-mana kerugian perdagangan forex yang dilakukan BNM sebelum 1991.

Dia bagaimanapun mengatakan BNM meraih “untung besar dan mengisytiharkan dividen tinggi, dan majlis penyerahan cek diberikan kepada Kementerian Kewangan juga dilaporkan di akhbar kita.”

“Tetapi laporan berita media antarabangsa dan tempatan ketika itu pada ketika BNM melakukan perdagangan forex besar-besaran bertentangan dengan amalan bank pusat lain dan ia terus menjadi kebimbangan berterusan auditor.

Menerima keizinan ketua auditor, Kanason berkata dia melawat pejabat Auditor Singapura untuk bertanya dan belajar program audit mereka dalam proses audit Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS).

“Auditor Singapura sedar tentang transaksi besar-besaran forex yang dilakukan Bank Negara dan saya diberitahu tentang risiko sekirannya ada perkara buruk berlaku,” kata Kanason menambah yang selepas itu dia memberikan penjelasan kepada Lee Siew Kuan, penasihat BNM tentang lawatan itu dan kemungkinan amalan di sana di laksanakan di Malaysia.

Tiada apa yang berlaku.

Bekas Pembantu Gabenor BNM Abdul Murad Khalid mendakwa yang bank pusat itu kerugian sehingga AS$10 bilion 25 tahun lalu.

Peguam yang mewakili bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan kekurangan dokumentasi dan keterangan bercanggah untuk menyokong dakwaan itu.

Kedua-dua pemimpin itu kini mengetuai Pakatan Harapan (PH), dan mereka menyifatkan RCI yang dibentuk itu berunsur politik.

Dr Mahathir masih lagi mempertahankan kerugian itu adalah sebanyak RM10 bilion seperti yang dilaporkan dalam laporan tahunan BNM 1994 dan ia disebabkan oleh Jaafar dan bekas pembantu gabenor Nor Mohamed Yakcop.

Jaafar meninggal dunia pada 1998 dan Nor Mohamed dilantik sebagai menteri kewangan kedua pada pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi.

Nor Mohamed beberapa kali dinamakan Murad sebagai individu bertanggungjawab membenarkan perdagangan mencecah jutaan ringgit setiap hari. – 29 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen