Tidak takut BN, generasi kedua peneroka Felda sokong PH


Christopher Rabin

PRK Cameron Highlands menyaksikan pertandingan empat penjuru antara M. Manogaran, 60, mewakili PH, Mohd Ramli Nor, 61, (BN) dan dua calon bebas Sallehudin Ab Talib, 61, dan petani Wong Seng Yee, 40. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Januari, 2019.

SEKUMPULAN peneroka Felda generasi kedua menyokong Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil Cameron Higlands dengan mendakwa bahawa ia adalah satu-satunya cara untuk menamatkan tahun-tahun yang merunsingkan di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Kumpulan itu diketuai Mohd Nor Afandi Daud, 54 bersama-sama dengan 14 yang lain menyatakan bahawa mereka mahu peneroka Felda generasi kedua menyertai perjuangan mereka kerana PH menjanjikan pembangunan.

Mereka berkata bahawa pentadbiran BN sebelum ini akan melambat-lambatkan bantuan sekiranya mereka berani membantah kerajaan persekutuan.

“Apabila kerajaan negeri dan persekutuan dipegang oleh BN, kami ditahan, jika kami bercakap seperti yang kami lakukan sekarang, kami akan diboikot.

“Sebilangan jiran kami memandang kami seperti kami ini orang luar, mereka akan kata kami tidak bersyukur jika mengutuk kerajaan BN,” kata Afandi pada sidang akhbar di Sungai Koyan 3 hari ini.

Afandi berkata jika mereka berani bercakap secara terbuka mengenai ketidakpuasan mereka ketika BN memerintah, peruntukan bulanan untuk anak-anak mereka akan ditahan dan mereka akan disenarai hitam.

Kumpulan itu berkata masalah yang dihadapi generasi kedua peneroka adalah keadaan ekonomi yang semakin merosot dan projek-projek perumahan yang terbengkalai lebih daripada 5 tahun tanpa sebarang kemajuan, yang sepatutnya dibina untuk mereka oleh pihak Felda.

“Peluang pekerjaan untuk peneroka generasi kedua sangat terhad, kami bergantung kepada ibu bapa kami dengan bekerja di ladang mereka, kami tidak mempunyai pendapatan tetap,” katanya.

Pakatan Harapan dijangka akan memperolehi undi dari golongan peneroka Felda generasi kedua tersebut ketika mereka menganjurkan lawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali dan Menteri Pertahanan Mohammad Sabu dengan sambutan hangat.

“Mat Sabu memberitahu kami terdapat peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta dalam belanjawan tentera veteran, manakala Azmin sebagai menteri ekonomi berkata beliau akan menyelesaikan masalah perumahan untuk generasi kedua, kerana ia telah terbengkalai terlalu lama.” katanya

Kerajaan persekutuan yang diperintah PH menjangka akan mendapat sokongan dari penduduk tempatan Jelai ini ketika hari pengundian semakin dekat, walaupun mereka mengakui bahawa kawasan itu adalah kubu kuat BN.

Generasi kedua peneroka Felda sebelum ini turut menunjukkan angka penyokong BN dan calon mereka, Ramli Mohd Noor, yang merupakan Orang Asli dari suku Semai.

Pilihan raya kecil Cameron Highlands akan berlangsung pada 26 Januari akan menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara M. Manogaran dari PH, Ramli Mohd Noor dari BN, calon Bebas Wong Seng Yee dan Salehuddin Ab Talib. – 22 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen