5 terbunuh, permberontak serang kampung di Myanmar


LIMA penduduk terbunuh dalam serangan berterusan dilakukan kumpulan pemberontak di Maungtaw, Rakhine Myanmar pada hujung minggu lepas, menurut Pejabat Penasihat Negeri hari ini, lapor agensi berita China Xinhua.

Penduduk kampung diserang kira-kira 100 pemberontak bersenjatakan parang dan kayu. 

Bagaimanapun, 55 lagi penduduk kampung berjaya diselamatkan pasukan keselamatan.

Keganasan berterusan sehingga semalam, apabila pemberontak menyerang pasukan keselamatan menggunakan bahan letupan dan senjata kecil menyebabkan seorang anggota polis serta orang awam cedera.

Sejak Ahad hingga semalam, tujuh buah kampung, satu pos polis dan dua wad di Maungtaw dibakar.

Angka kematian sejak keganasan meletus Jumaat lepas kini meningkat 110 orang. – Bernama, 29 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen