PEMIMPIN DAP Tony Pua mempersoalkan integriti calon Barisan Nasional Ramli Mohd Nor, dan mengatakan bekas pegawai kanan polis itu gagal bertindak untuk menyiasat dakwaan penyelewengan dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ahli Parlimen Damansara itu berkata, tindakan Ramli yang sanggup berkempen bersama bekas perdana menteri Najib Razak, yang terlibat dalam skandal kewangan 1MDB, melanggar prinsipnya sendiri.
“Beliau pernah berkhidmat dalam jabatan siasatan jenayah komersil, dan kita ada jenayah komersil paling terkenal di Malaysia, 1MDB,” kata Pua merujuk kepada jawata Ramli sebelum persaraannya.
“Jadi, Ramli sebagai pegawai polis sebelum ini, beliau tidak pernah ada usaha untuk menyiasat tetapi sekarang berkempen dengan Najib sendiri,” katanya pada sidang media di bilik operasi Pakatan Harapan di Brinchang.
“Adakah seseorang seperti ini layak menjadi ahli Parlimen? Di mana etika dan integriti? Jika seseorang tidak dapat menbezakan antara yang baik dan buruk, beliau tidak layak menjadi pemimpin.”
Ramli pernah memegang jawatan timbalan pengarah jabatan siasatan jenayah komersil sebelum bersara pada 2018.
Beliau berdepan dia calon bebas dan calon Pakatan Harapan M. Manogaran pada pilihan raya kecil Parlimen Cameron Highlands yang diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan keputusan pada PRU14 kerana rasuah.
Pua, yang juga setiausaha politik kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, disebabkan hutang berpunca daripaada 1MDB, kerajaan terpaksa sama ada menangguhkan atau mengurangkan kos projek yang ada, agar negara hutang negara tidak meningkat lagi.
“Jika tidak, kita tidak akan ada duit yang cukup untuk membangunkan kawasan luar bandar seperti Cameron Highlands.
“Kerajaan persekutuan lebih berkemampuan untuk membangunkan kawasan luar bandar berbanding kerajaan negeri,” katanya. – 21 Januari, 2019
Komen