Penduduk luar bandar dipinggir tapi kroni dibantu, dakwa Mohamad 


Christopher Rabin

Pemangku Pengerusi BN Mohamad Hasan ketika berucap pada ceramah mega yang diadakan di Felda Sungai Koyan malam tadi.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 21 Januari, 2019

TIADA peruntukan untuk penduduk luar bandar dalam Bajet 2019, tetapi Pakatan Harapan bantu kroni mereka dalam syarikat insurans, dakwa Pemangku Pengerusi BN Mohamad Hasan.

Mohamad mendakwa, kerajaan bekerjasama dengan syarikat insurans agar rumah yang tidak terjual dibeli oleh syarikat insurans dan dijamin oleh kerajaan.

“Kita petani, nelayan, pekerja ladang yang terpaksa memikul beban ini,” kata Mohamad.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu juga berkata, cara kerajaan mengira hutangnya telah dibuat untuk menurunkan saham domestik agar pelabur sanggup melabur dalam saham seperti Tabung Haji.

“Sebelum pilihan raya umum, saham TH dicatat pada RM1.68 seunit, tetapi apabila ia jatuh. TH plantations tinggal RM0.52 sen seunit.” katanya kepada petani dan peneroka Felda yang merupakan blok pengundi terbesar di pilihan raya kecil Cameron Highlands.

Beliau berkata ini menyebabkan harga komoditi Minyak Sawit Mentah (MSM) dan Getah jatuh, tetapi keadaan ekonomi yang teruk adalah dengan belas kasihan dalam pakatan pemerintah.

“Pada bulan April MSM berada pada RM2,850 satu tan, tetapi pada bulan Oktober, harganya antara RM1,700 hingga RM1,800. Perbezaan sebanyak RM1,000. Harga kelapa sawit mentah di ladang mungkin serendah RM200 hingga RM300.

“Orang ramai berdepan masa yang sukar, percayalah saya tahu, tetapi apa yang boleh kita lakukan, kita mempunyai kerajaan yang hebat bercakap, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa.” katanya.

Sebahagian daripada penduduk yang membanjiri sesi ceramah mega di Felda Sungai Koyan 1 malam tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 21 Januari, 2019

Beliau turut menyangkal kenyataan bahawa hutang Malaysia telah terkumpul sebanyak RM1 trilion, kerana sebagai sebuah negara di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, akaun negara diperiksa setiap enam bulan oleh Agensi Penarafan Antarabangsa.

“Kami diperiksa oleh IMF dan Bank Dunia. Mereka mengiktiraf akaun kami, mereka tidak pernah bercakap tentang hutang RM1 trilion. Dari mana ia datang?

Beliau menjelaskan kepada orang ramai bahawa kerajaan mengambil kira liabiliti lain seperti bon, sekuriti hutang dan sukuk yang diambil oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Maybank, walaupun liabiliti ini berdasarkan aset yang kukuh pada lembaran imbangan masing-masing.

“Mereka mengatakan liabiliti kita hampir RM1 trilion, sebenarnya hutang kita berjumlah RM685 bilion, tetapi mereka tidak pernah bertanya berapa banyak rizab asing yang kita ada?

“Kami mempunyai lebih 400 bilion rizab dan KDNK kita adalah 1 trilion, jadi kita tidak mempunyai masalah, ini mengejutkan masyarakat antarabangsa dan mereka tertanya-tanya mengapa Malaysia mencemarkan namanya sendiri,” katanya.

Hasan berkempen untuk calon BN di pilihan raya kecil Cameron Highlands Ramli Mohd Noor, ketika tempoh berkempen berbaki lagi 6 hari terakhir.

Ramli berdepan calon Pakatan Harapan M. Manogaran dan juga dua calon bebas Wong Seng Yee dan Sallehuddin Ab Talib.

Hasan, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau akan menghadapi pilihan raya kecil selepas Mahkamah Pilihan Raya Seremban mendapati bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya adalah salah untuk menafikan calon PKR Dr Streram Sinnasamy daripada memfailkan kertas pencalonannya ketika bertanding merebut kerusi itu pada PRU14. – 21 Januari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen