DAP tiada konsep dosa pahala, kata Hadi Awang 


Sheridan Mahavera Christopher Rabin

Presiden PAS Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ceramah pada program ceramah mega bersama pemimpin BN yang diadakan di Felda Sungai Koyan 1, Cameron Highlands, malam tadi.– Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 21 Januari, 2019

DAP tiada konsep mendapat dosa dan pahala, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang, oleh itu ia tidak sepatutnya dipilih oleh orang Islam di Cameron Highlands untuk mewakili mereka di Parlimen.

Beliau berkata demikian ketika program ceramah mega bersama pemimpin Barisan Nasional selepas menyatakan sokongan partinya di kawasan itu untuk mengundi calon daripada bekas gabungan pemerintah yang merupakan musuh tradisinya.

Hadi kembali ke dalam bentuk tipikalnya dengan mendakwa bahawa menjadi kewajipan agama umat Islam untuk mengundi seseorang yang mempunyai kepercayaan yang sama, panduan yang sering diterima pakai oleh Umno dan PAS terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang berbilang kaum.

Beliau turut melabel DAP - bekas rakan PAS dari 2008 hingga 2015 - sebagai sebuah parti yang anti-Islam, dan anti-umat Islam.

“Beri kepercayaan kepada orang Islam untuk menjadi wakil rakyat kerana Islam ajar ada aspek spiritual, kerohanian, dosa dan pahala dalam menjadi pemimpin. Masalahnya dosa dan pahala tak ada dalam DAP, tak ada dalam parti-parti bukan Islam.

“Kita mahu pilih Islam yang ada sifat ini. Orang Islam orang asal agama Islam wajib memilih wakil yang membawa suara Islam ini,” kata Hadi ketika berucap di hadapan ribuan masyarakat Melayu Islam dan peneroka Felda Sungai Koyan 1.

Hadi juga berkata orang bukan Islam tidak perlu takut dengan calon Umno kerana parti itu telah membuktikan bahawa ia menghormati hak mereka.

Sebahagian daripada penduduk Felda Sungai Koyan yang hadir pada cermaah mega yang diadakan malam tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim,  21 Januari, 2019

Tiga skim Felda di Sungai Koyan adalah daerah mengundi yang penting dalam pilihan raya kecil dan kesemua kawasan itu memberikan lebih daripada 2,800 undi.

Sungai Koyan Satu merupakan kawasan daerah mengundi majoriti Melayu Islan di Cameron Highlands yang mana 46.5% daripada 1.243 undi pergi kepada PAS pada Pilihan Raya Umum ke 14. 

Pada PRU14, PAS mendapat 3,587 undi ketika bertanding menentang BN dan Pakatan Harapan. BN memenangi kawasan Parlimen itu dengan 10,307 undi.

BN kini cuba mempertahankan kerusi Cameron Highlands daripada PH dan dua calon bebas.

Dalam pesanannya kepada ahli PAS, Hadi meminta mereka untuk mengetepikan perbezaan dengan Umno untuk menyokong BN.

Hadi berkata, PAS bersetuju dengan calon pilihan BN, Ramli Mohd Nor.

“Calon BN adalah calon yang telah dipersetujui oleh PAS dan Umno.

“Harapan kami bukan sahaja Umno termasuk PAS dan NGO Islam lupakan pertelingkahan, perbalahanan ajak rakyat Islam dan bukan Islam termasuk kaum lain supaya menyokong calon kita,” katanya. – 21 Januari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Mendecem

    Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Azlan Romly · Ulasan

  • Kau ini memalukan agama Islam dan bangsar Melayu. Cakap tak serup bikin. Hanya untuk peranan politik. Apa dosa dan pahala yang awak heboh dan bolih falsahfakan atau menujuk bukti, awak ada lah seorang alim dan bolih di tunjuk ajar pada semua kaum muslimim dan muslimam untuk mengikuti. Yang rakyat tahu barang sesiapa seorang yang agama atau sesiapa yang mengikuti Islam, tak akanlah memalukan atau memburuk sesiapa manusia. Dendam dan mengila degan kuasa untuk menkadam atau menhambakan manusia lain yang sama agama atau yang tak bersama hanya ia lah niat jahat yang perangai bersyaitan . Awak mesokongkan corrupsi yang dashat sekali dan megejutkan seluruh dunia.rakyat hidup susah dan bersangsara tapi awak ada lah peduli?? Awak ini siapa?? Mencaci suci agama Islam degan mendidrikan dan mengajar agama sendiri untuk menipu orang yang lemah degan keperchayan yang karut. Dosa dan pahala ia lah satu pemainan poltik awak menguna untuk menghina dan menakutkan orang yang beragama Islam. Cukup lah. Awak dulu ada lah di selamatkan dari saki yang teruk dan sebagai manusia tak tahu lah kalau masih nak buat niat jahat terpulang lah pada awak untuk menhadapikan sendiri.

    Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Lee Lee · Ulasan

  • Hadi you need to check your head at Tanjung Rambutan urgently. People like should never be leaders in the first place . You are a bloody hypocrite .

    Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Victor Rajamony · Ulasan