Amarah anak peneroka, Chef Wan mahu tampar Najib, Isa Samad


Christopher Rabin

Najib Razak dan Isa Samad menyebabkan Felda berdepan masalah kewangan sehingga menjejaskan peneroka, kata Chef Wan. Beliau hari ini menyertai program masakan di Sungai Koyan, turut hadir Azmin Ali. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 20 Januari, 2019.

CHEF WAN mahu menampar Najib Razak dan Isa Samad kerana mengheret Felda ke kancah kemelut kewangan dihadapi agensi kemajuan tanah yang memberi kesan kepada kehidupan peneroka pada masa kini.  

Selaku anak peneroka Felda, Chef Wan – atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail- berkata Najib menghamburkan semua “gula-gula” kepada peneroka tetapi pada masa sama membenarkan salah tadbir membelenggu agensi persekutuan itu.

“Bagaimana awak boleh benarkan Felda disalah tadbir begitu? Tolonglah. Awak letak Mohd Isa Samad di atas dengan pengetahuan apa yang dia dah buat sebelum ini.

“Jika dia ada di sini, saya akan tampar dia (Isa), saya akan tampar Najib,” katanya kepada wartawan selepas program memasak untuk peneroka di Dataran Sungai Koyan 1 hari ini. 

Kenyataan Chef Wan penuh amarah itu dikeluarkannya selepas diberitahu yang Najib berkempen dengan menghebahkan bagaimana Felda berkembang maju ketika pentadbirannya.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana dikatakan Felda maju sedangkan urus niaga kontroversi merugikan dilakukan Isa Samad ketika pentadbiran Najib, sehingga menyebabkan bekas pengerusi Felda Global Ventures itu kini berdepan pertuduhan rasuah.

Chef Wan menambah selaku anak peneroka, beliau berharap masyarakat peneroka sedar kerosakan yang dilakukan kerajaan BN sehingga menjejaskan kehidupan mereka.

“Sebelum PRU13, emak saya dapat RM5000. Peneroka Felda lain pun dapat RM5000. Sudah tentu mereka (peneroka) percaya ia baik, tetapi bagaimana mereka (kerajaan) boleh beri duit kepada peneroka Felda sedangkan Felda berdepan masalah kewangan?” soalnya. – 20 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Mahathir, Anwar Muhiddin pun produk BN ...

    Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh FAIZ SUHAIMI · Ulasan