Masyarakat India di Tanah Rata belum ada calon pilihan


Noel Achariam Christopher Rabin

Masyarakat India di Cameron Highlands masih mempertimbangkan calon mana yang paling tempat untuk memegang kerusi Parlimen kawasan itu. – Gambar The Malaysian Insight, 20 Januari, 2019.

KEBANYAKAN masyarakat India di Tanah Rata, Cameron Highlands masih belum membuat keputusan mengenai siapa yang haris diundi pada pilihan raya kecil (PRK) untuk kerusi Parlimen.

Ada yang menyokong calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Nor walaupun beliau menggantikan calon MIC yang merupakan pemegang tradisi kerusi ini.

Bagaimanapun, di sisi lain ada yang melihat untuk memberi peluang kepada calon Pakatan Harapan (PH) M. Manogaran bagi melihat apa perubahan yang mampu dilakukannya.

Pemandu teksi generasi ketiga, Raja Habu, 47, mengakui beliau cenderung kepada calon PH kerana kerajaan baharu berjaya membawa beberapa perubahan sejak berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), termasuk memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Kami gembira dengan PH kerana memansuhkan GST.

“Tetapi apa yang kami semua inginkan adalah keadilan. Saya tidak tahu siapa yang akan menang. Pengundi sepatutnya tahu siapa yang mereka mahu undi.

“Orang yang tidak berpendidikan akan mengikut secara membuta tuli tetapi mereka yang mempunyai akses Internet dan TV akan tahu siapa yang harus dipilih,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Jothy Chellappan tidak berpuas hati dengan Pakatan Harapan kerana disifatkan tidak menepati janji. – Gambar The Malaysian Insight, 20 Januari, 2019.

Raja berkata terdapat beberapa orang yang memihak kepada kedua belah pihak bergantung kepada agenda yang disukai.

“Kami tidak semuanya sama kerana kami perlu memilih calon yang tepat untuk mewakili kami,” katanya.

PRK akan menyaksikan pertandingan empat penjuru yang melibatkan Manogaran, Ramli dan dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee.

Sementara itu, pekerja amal Jothy Chellappan, 57, berkata beliau tidak terlalu berminat dengan PH kerana mereka tidak menepati janji. – 20 Januari, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen