PERJALANAN operasi Sistem Transit Aliran Massa (MRT) hari ini tergendala selepas ia mengalami gangguan isyarat dari stesen MRT Muzium ke Bukit Bintang.
Berdasarkan status twitter RapidKL pada 6.09 petang tadi, tren antara kedua-dua stesen itu perlu dipandu secara manual dan pada masa yang sama, jurutekniknya membaiki masalah isyarat itu.
“Disebabkan itu, tren terpaksa dipandu secara manual dan melambatkan perjalanan dari satu stesen ke satu stesen.
Dalam statusnya 30 minit kemudian, RapidKL menyatakan gangguan isyarat itu telah dibetulkan dan tren bergerak seperti biasa.
Susulan daripada itu, pada jam 7.27 dan 7.47 malam, RapidKL menyatakan kekesalan kerana perkhidmatan monorel Rapid Rail pula mengalami kelewatan.
“Sebuah tren monorel tidak dapat bergerak. Dua buah tren shuttle disediakan antara laluan KL Sentral ke Bukit Bintang dan Bukit Bintang ke Titiwangsa. Orang ramai diminta merujuk staf di stesen untuk bantuan lanjut,” katanya dalam status twitter itu.
Ekoran itu, Rapid KL menyarankan orang ramai menggunakan perkhidmatan alternatif sehingga masalah itu diatasi.
RapidKL turut menawarkan bayaran balik kepada pelanggan yang terjejas dan mereka boleh menuntut bayaran itu di kaunter perkhidmatan pelanggannya.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur yang mengesahkan kejadian itu menyatakan tiada kecederaan berlaku akibat kejadian tersebut.
“Ada. Tiada kecederaan pada mangsa yang terlibat. Maklumat lanjut akan menyusul,” katanya lagi. – 17 Januari, 2019.
Komen