MENTERI Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerima dengan hati terbuka kritikan atlet olahraga Muhammad Irfan Shamshuddin dan berjanji akan menyelesaikan segera isu dibangkitkan.
Syed Saddiq bagaimanapun mempersoalkan kewajaran Irfan menggunakan laman media sosial meluahkan rasa tidak puas hatinya, sedangkan perbincangan berhubung isu yang dibangkitkan masih berjalan.
“Saya terima kritikan Irfan dengan hati terbuka cuma saya musykil kenapa beliau tidak guna saluran yang betul, kerana beliau tidak pernah membuat permohonan berjumpa dengan saya untuk sampaikan pamdangan tersebut.
“Saya semak juga dengan pasukan kementerian, sama ada beliau ada buat permohonan untuk berjumpa saya, tetapi tidak ada,” kata Syed Sadiq
Beliau juga berkata, masalah yang dibangkitkan Irfan juga adalah urusan dengan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN), tanpa campur tangan menteri.
“Kali terakhir (persatuan adakan) perjumpaan (dengan Irfan) adalah pada Selasa lepas, belum habis lagi (perbincangan) tetapi tiba-tiba dibangkitkan (di media sosial),” kata Syed Saddiq.
Beliau ditemui pemberita di pejabatnya di Putrajaya, hari ini. – 17 Januari, 2019.
MENYUSUL
Komen