Korea Utara batalkan pertunjukan udara Wonsan


Pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un melawat pangkalan tentera udara negara itu di satu lokasi yang tidak didedahkan. – Gambar EPA, 28 Ogos, 2017.

KOREA Utara membatalkan pertunjukan udara Wonsan tahun ini, kata agensi pelancongan, dengan laporan yang mengatakan sekatan yang ketat dikenakan beberapa negara berikutan ketegangan nuklear dengan Pyongyang mungkin menjadi punca.

Festival Pertunjukan Udara Wonsan yang pertama diadakan pada September tahun lalu yang menarik ratusan pelancong asing ketika negara itu mempamerkan pesawat awam dan tenteranya.

Acara itu dijalankan setiap dua tahun, namun Korea Utara berkata pada pertunjukan pertamanya pada Mac  berjaya sehingga ia diadakan buat kali kedua.

Namun acara yang dijadualkan berlangsung pada September dibatalkan Jawatankuasa Persediaan Korea Utara berikutan “keadaan geopolitik semasa”, lapor laman web NK News.

Ia tidak memberi alasan spesifik tetaoi menyebut “ketidakpastian” dan “menaiktaraf amaran perjalanan” berhubung perjalanan ke Utara,” kata laporan itu.

Sekatan perjalanan oleh Amerika Syarikat dikelurkan berikutan kematian pelajar AS Otto Warmbier, yang dibebaskan dalam keadaan koma selepas ditahan Pyongyang lebih daripada setahun, berkuatkuasa pada Jumaat. – AFP, 28 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen