34 rumah dihempap tanah runtuh di China


Usaha pencarian mangsa masih dijalankan oleh pasukan penyelamat di kawasan terbabit.– Gambar EPA, 28 Ogos, 2017.

RUNTUHAN tanah menghempap 34 buah rumah di barat daya China pada Isnin menyebabkan dua terbunuh manakala 25 orang lagi hilang dalam bencana terbaharu yang melanda negara itu, menurut pihak berkuasa tempatan.

Anggota penyelamat mengeluarkan enam orang daripada runtuhan termasuk dua yang sudah meninggal dunia, di pekan Bijie di barat daya wilayah Guizhou, kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan.

Usaha pencarian mangsa masih dijalankan dan pihak berkuasa tempatan menghantar khemah, selimut dan katil khemah ke kawasan terjejas.

Video kejadian tanah runtuh itu yang dimuat naik di akaun Twitter People Daily memaparkan sebahagian daripada bukit runtuh dengan debu runtuhan tersebar ke seluruh pekan manakala penduduk menjerit ketakutan.

Satu lagi videoo memaparkan penduduk berdiri di atas bongkahan batu besar.

Kejadian tanah runtuh biasa berlaku di kawasan luar bandar dan pergunungan sebahagian lokasi di negara China kebanyakannya selepas hujan lebat.

Pada Jun dan Ogos, tanah runtuh turut melanda barat daya daerah Sichuan yang menyebabkan 30 orang terbunuh.

Pada Julai, 63 orang maut dalam kejadian tanah runtuh dan banjir di tengah wilayah Hunan. 1.6 juta penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.

Minggu lalu, Taufan Hato membunuh 18 orang selepas ia melanda kawasan selatan China termasuk Hong Kong dan Macau. – AFP, 28 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen