SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bekas pengerusi Tabung Haji (TH) Abdul Azeez Abdul Rahim bersama abangnya, Abdul Latif Abdul Rahim berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram, hari ini.
Penahahan itu dibuat SPRM selepas mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.
Menurut kenyataan rasmi SPRM, kedua-duanya ditahan pada jam 4.30 petang ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
Susulan itu, ahli Parlimen Baling itu dan abangnya akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada jam 9.00 pagi esok mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Sebelum ini, Azeez pernah dipanggil oleh SPRM untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes tender projek kerajaan.
Pada 15 September lalu, SPRM menahan Azeez dan abangnya serta seorang pengarah syarikat berhubung dakwaan penerimaan rasuah daripada sebuah syarikat kontraktor bagi satu projek Lembaga Tabung Haji.
Beliau meletakkan jawatan sebagai pengerusi TH pada 14 Mei tahun lalu, selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum, 9 Mei lepas.
Pada bulan yang sama, SPRM turut menjalankan siasatan terhadap Azeez, menyerbu tiga rumahnya dan merampas wang tunai RM500,000, jam tangan serta pelbagai mata wang lain bernilai RM1.2 juta.
Azeez mendakwa, wang berkenaan milik Umno Baling dan beliau mengeluarkannya untuk membayar zakat menjelang Hari Raya Aidilfitri. – 15 Januari, 2019.
Komen