Perniagaan Tahun Baharu Cina meningkat walau ekonomi lembab


Andrew Chin

Rata-rata pengguna tidak mengurangkan perbelanjaan untuk sambutan Tahun Baharu Cina walaupun keadaan ekonomi tidak menentu.– Gambar The Malaysian Insight, 20 Januari, 2019

MASYARAKAT Cina tidak mengurangkan persiapan sebagaimana kebiasaan mereka menyambut Tahun Baharu Cina walaupun cakap-cakap mengenai keadaan ekonomi agak perlahan, dengan peniaga mengatakan perniagaan mereka sama sebagaimana tahun lalu.

Mereka mengatakan pasaran bagi barangan berkaitan sambutan perayaan itu tidak menunjukkan sebarang pengurangan, walaupun banyak rungutan mengenai tiada kenaikan gaji dan bonus.

Menurut pemilik perniagaan, pengguna tidak menyekat perbelanjaan kerana masyarakat Cina masih menganggap perayaan itu sebagai peluang untuk meraikannya.

Teh Shu Kong, yang keluarganya menjalankan perniagaan daging salai di pasar Jalan Petaling sejak tiga generasi berkata, perniagaan langsung tidak terjejas walaupun keadaan ekonomi tidak menentu.

Keadaan ekonomi yang kurang baik tidak menghalang persiapan sambutan Tahun Baharu Cina oleh masyarakat Cina di negara ini.  – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 20 Januari, 2019

“Kami menjalankan perniagaan ini sejak tiga generasi, dan kami menerima pelanggan tetap setiap tahun. Ini merupakan hidangan tradisi kami ketika perayaan Tahun Baharu Cina.

“Walaupun ekonomi kurang baik, sambutan baharu masih diteruskan, dan masyarakat masih menikmati hidangan tradisi,” kata Teh kepada The Malaysian Insight.

Teh bagaimanapun mengakui, beliau masih ragu dengan situasi tahun ini, dan menyebabkan beliau membuat keputusan untuk tidak mengimport terlalu banyak stok sebagaimana biasa bagi mengelakkan terlalu banyak lebihan.

Beliau juga berkata, wabak selesema burung di Chian tidak menjejaskan perniagaannya kerana daging khinzir yang diimport ke Malaysia selamat dan tidak dijangkiti wabak itu, dan jualan masih kukuh.

Seorang pengguna Mei Hui Chin berkata suasana sambutan Tahun Baharu Cina kali ini tidak kurang meriah berbanding tahun sebelum ini. – Gambar The Malaysian Insight, 20 Januari, 2019

Sementara itu, gerai peniaga kek dan biskut Wong Yi Onn masih menarik pelanggan sebagaimana tahun sebelum ini.

Wong berkata, perniagaannya sama seperti tauhun lalu kerana Tahun Baharu Cina diraikan dengan banyak makanan, bagi menjamu tetamu atau untuk kegunaan sendiri.

“Kek dan biskut adalah barangan murah, dan ia adalah kebiasaan pada Tahun Baharu Cina. Tidak dinafikan rakyat cuba untuk berjimat dengan tidak membeli biskut atau kek. Kebanyakan orang hanya mengurangkan pembelian, dan perniagaan masih terus hidup,” katanya.

Wong berkata, oleh kerana ekonomi yang kurang memberangsangkan, beliau meletakkan harga barangan jualannya sama seperti tahun lalu, yang mana ia juga merupakan salah satu cara menarik lebih ramai pelanggan.

Selain biskut dan daging salai, satu lagi hidangan biasa pada sambutan Tahun Baharu Cina adalah produk daging kering yang dipanggil bak kwa.

Oloiya, yang merupakan pembuat bak kwa paling terenal di Malaysia memberitahu The Malaysian Insight, angka jualan agak baik, dengan hanya tiga minggu lagi menjelang Tahun Baharu Cina.

“Perniagaan kedai kami di bandar agak baik, pesanan dala talian juga setanding tahun lepas, jadi kami optimis mengenai jumlah jualan tahun ini,” kata pengarah Oloiya, Raymond Khue.

Yong Kian Yew yang beasal dari Klang berkata, keluarganya tidak mengurangkan perbelanjaan untuk sambutan Tahun Baharu Cina walaupun keadaan ekonomi agak kurang baik. – Gambar The Malaysian Insight, 20 Januari, 2019

Khue juga berkata, jualan masih beleum mencapai kemuncak yang mana angka jualan tahun lalu menunjukkan kebanyakan pelanggan hanya membeli belah seminggu sebelum sambutan perayaan itu, beliau yakin jumlahnya tahun ini sama dengan tahun lalu.

Sementara itu, pengguna Mei Hui Chin berkata suasana sambutan Tahun Baharu Cina kali ini tidak kurang meriah, dan menambah beliau dapat merasakan “semangat” Tahun Baharu Cina.

“Saya fikir ia agak baik, masih ada masa sebelum Tahun Baharu Cina, saya percaya kadarnya akan meningkat apabila perayaan semakin dekat,” katanya.

Ditanya sama ada beliau mengurangkan belanja kerana keadaan ekonomi, Mei berkata sambutan Tahun Baharu Cina tetap diteruskan walaupun keadaan ekonomi kurang baik, dan barangan keperluan juga masih dibeli.

Yong Kian Yew, yang datang ke Jalan Petaling dari Klang berkata, keluarganya tidak kurangkan perbelanjaan penting Tahun Baru Cina kerana barang-barang itu adalah untuk kegunaan peribadi. – 20 Januari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen