UBER menamakan Dara Khosrowshahi, ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat pengembaraan dalam talian Expedia, sebagai CEOnya yang baru, lapor media.
Khosrowshahi muncul sebagai calon pilihan antara senarai pendek tiga calon pada mesyuarat lembaga pengarah hujung minggu lepas, menurut sumber.
Uber masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keputusan itu.
Sebelum ini CEO Hewlett-Packard Enterprise Meg Whitman menjadi calon pilihan menurut beberapa laporan media tetapi situasi berubah Ahad lalu.
Bekas CEO General Electric Jeff Immelt pula menarik diri daripada persaingan merebut jawatan itu.
Syarikat pengangkutan kongsi kereta itu tidak mempunyai CEO sejak Jun lalu selepas pengasas dan bekas CEO Travis Kalanick meletak jawatan susulan siasatan ke atas budaya kerja syarikat itu. – 28 Ogos, 2017.
Komen