PRESIDEN Donald Trump menegaskan semalam yang Kongres Amerika Syarikat perlu mencari jalan untuk membayar pembinaan tembok sempadan di Mexico menyifatkan negara itu sebagai lubuk jenayah ganas.
Beliau juga memberikan amaran kepada Mexico dan Kanada yang sekiranya mereka terus “menyukarkan” rundingan perjanjian perdagangan, beliau akan menghentikan semua cubaan untuk mereformasi perjanjian perdagangan bebas Nafta.
Kedua-dua pendirian itu meletakkan Trump dalam hubungan sukar dengan Kongres dan negara jirannya, tetapi menaikan populariti dalam kalangan penyokongnya.
Pendirian Trump tentang pembinaan tembok dan perjanjian perdagangan merupakan tarikan utama kempen presidennya sebelum ini, tetapi kini berdepan dengan kesukaran pelaksanaan disebabkan realiti politik pentadbiran sebenar.
Disebabkan desakan Trump juga, AS, Mexico dan Kanada memulakan perbincangan semula perjanjian perdagangan yang sudah berusia 23 tahun itu.
Trump berulangkali menyifatkan perjanjian itu sebagai satu “bencana” yang menyebabkan pengimportan kerja AS ke Mexico, dakwaan yang dinafikan Mexico.
Mexico yang menjual 80% eksportnya ke AS tidak berminat dengan perubahan yang dicadangkan, menimbulkan kebimbangan Kanada.
Mexico turut mengatakan yang mereka tidak akan membayar kos pembinaan tembok sempadan itu semalam. – AFP, 28 Ogos, 2017.
Komen