Masyarakat India Malaysia berdepan diskriminasi apabila sewa hartanah


Majoriti percaya pemilik hartanah harus diberi peluang uruskan hartanah mereka sendiri.– Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Januari, 2019

HAMPIR separuh daripada masyarakat India di Malaysia dalam satu kaji selidik dalam talian mendakwa mereka berdepan diskriminasi ketika cuba mencari hartanah untuk disewa, menurut kajian YouGov Omnibus. 

The Star Online hari ini melaporkan, kadar masyarakat India yang berdepan diskriminasi lebih tinggi berbanding purata seorang daripada lima rakyat Malaysia atau 21% daripada 1,204 responden. 

Tinjauan itu mendapati bahawa 20% responden Cina dan 18% orang Melayu mendakwa telah mengalami diskriminasi sebagai bakal penyewa. Dalam kalangan masyarakat India, peratusan adalah 46% daripada responden.

Bagaimanapun, 60% daripada responden kajian bersetuju bahawa pemilik hartanah harus mempunyai “budi bicara mutlak” apabila menyewakan hartanah mereka, lapor The Star.

Kira-kira 32% daripada responden berkata menyatakan pilihan etnik hanya membuat perniagaan yang baik, manakala 37% mengatakan amalan ini membentuk perkauman.

Laporan itu memetik Jake Gammon, ketua YouGov Omnibus Asia Pasifik, yang mengatakan bahawa sebahagian besar responden mendakwa mereka menghadapi perkauman di pasaran sewa, yang lain juga percaya ini akan menjadikan perniagaan yang baik.

“Walaupun ada etnik minoriti yang merasa lebih kuat mengenai masalah ini berbanding yang lain, majoriti percaya tuan tanah harus diberi peluang uruskan hartanah mereka sendiri,” kata Gammon. – 13 Januari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen