PIHAK berkuasa Bangladesh menahan dan menghantar pulang 70 pelarian Rohingya secara paksa ke Myanmar, kata pihak pois pada Ahad, beberapa jam selepas tentera Myanmar disempadan melepaskan tembakan kepada pelarian yang cuba meninggalkan negara itu.
Polis memintas pelarian terbabit selepas mereka menyeberangi “garisan sifar” di zon sempadan, di mana tentera Myanmar pada awalnya melepaskan tembakan mortar dan mesingan ke arah penduduk yang cuba melakukan perjalanan bahaya dari utara negeri Rakhine ke Bangladesh.
Penduduk terbabit ditangkap empat kilometer dalam wilayah Bangladesh yang cuba ke kem pelarian di Kutupalong, di mana ribuan etnik Rohingya tinggal dalam keadaan daif, kata ketua polis tempatan Abul Khaer.
“Kesemua 70 pelarian itu ditahan dan dihantar kembali ke Myanmar oleh pengawal sempadan, kata Khaer kepada AFP.
Polis berkata antara yang ditahan sudah memasuki Bangladesh menerusi kawasan sempadan Ghumdhum – di mana tentera Myanmar melepaskan tembakan beberapa jam sebelum itu.
“Mereka merayu kepada kami untuk tidak dihantar semula ke Myanmar, kata salah seorang anggota polis yang enggan namanya disiarkan.
Rakhine merupakan kawasan berkembang kebencian agama yang memfokuskan kepada masyarakt minoriti Islam Rohingya yang tiada kewarganegaraan, dan dianggap pendatang asing di negara majoriti Buddha Myanmar.
Selepas bertahun berdepan keganasan, sebahagian besar cuba menghalang kekejaman itu.
Pada Oktober, kumpulan militan baharu – Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA) – menyerang rangkaian pos kawalan sempadan Myanmar, mencetuskan tindakan ketenteraan yang menyebabkan kematian dan 87,000 orang melarikan diri ke Bangladesh.
Kekejaman terbaharu tercetus pada Jumaat di mana sekumpulan lelaki dipercayai dari ARSA, menyerang hendap pondok polis Myanmar.
Menggunakan pisau, beberapa senjata dan bahan letupan buatan sendiri, mereka membunuh sekurang-kurangnya 12 anggota pasukan keselamatan.
Perkampungan terpenci di kawasan sempadan antara Bangladesh dan Myanmar menyaksikan pertempuran ganas antara miitan dan pasukan keselamatan Myanmar.
Keganasan itu menyebaban lebih 100 orang terbunuh sejak Jumaat lau dan memaksa ribuan etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.
Namun pihak berkuasa enggan membenarkan sebahagian besar daripada mereka memasuki negara itu dengan ribuan orang – kebanyakannya kanak-kanak dan wanita – terkandas di zon sempadan.
Kerajaan Bangladesh mengarahkan pihak berkuasa tempatan di Cox Bazar menperketatkan kawalan sempadan Myanmar yang menjadi lokasi beberapa kem pelarian, dan tidak membenarkan “kemasukan haram” Rohingya, kata pegawai kanan kerajaan Abdur Rahman kepada AFP.
Negara miskin itu sudah menempatkan kira-kira 400,000 pelarian Rohingya.
Namun menurut ketua komuniti Rohingya, media tempatan dan koresponden AFP, walaupun kawalan sempadan diperketat, sekurang-kurangnya 3,000 pelarian Rohingya berjaya memasuki negara itu dan ditemui berada di kem pelarian serta perkampungan sejak Jumaat. – AFP, 27 Ogos, 2017.
Komen