Taufan Harvey semakin buruk landa Texas


Kerosakan akibat taufan Harvey jelas kelihatan menyebabkan bekalan elektrik terputus di kawasan terlibat. – Gambar EPA, 27 Ogos, 2017.

TAUFAN  Harvey yang melanda tengah Texas semakin buruk dan dikhuatiri membawa kepada malapetaka banjir selepas taufan  - yang paling kuat pernah melanda Amerika Syarikat sejak 2015 – meninggalkan kerosakan teruk di sepanjang Pantai Teluk.

Setakat ini dua kematian direkodkan akibat bencana itu yang direkod sebagai Kategori 4, melanda pekan Rockport dengan angin berkelajuan 130 batu (215 kilometer sejam) sejam, kata Pusat Hurikan Negara.

Seorang terbunuh selepas kediamannya mengalami kebakaran di kawasan Rockport, kata pihak berkuasa tempatan.

Di Houston, seorang wanita dilaporkan lemas selepas cuba meningalkan kereta yang sedang ditenggelami air banjir, lapor media tempatan memetik kenyataan polis.

 “Tidak boleh jangkakan paras air yeng melimpahi jalan, anda hanya membahayakan diri dan petugas keselamatan dengan bertindak cuba keluar dari kenderaan,” kata ketua polis Houston, Art Acevedo.

“Banyak tempat terjejas akibat banjir ini, saya tidak rasa keadaan masih selamat untuk memandu di sekitar bandar ini.”

Taufan Harvey bagaimanapun semakin lemah selepas merosakkan bumbung dan menerbangkan bot di kawasan jalan raya serta menyebabkan ratusan penduduk terputus bekalan elektrik.

Laporan kaji cuaca menyebut, Harvey kini menuju ke kawasan pantai dalam masa emat atau lima hari, dan dijangkakan kemungkinan untuk membawa hujan yang lebih lebat tinggi.

Bandar Houston yang menjadi kediaman 2.3 juta penduduk berdean dengan masalah banjir di mana jalan raya utamanya bertukar menjadi sungai deras dan pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada penduduk agar tidak meninggalkan kediaman masing-masing.  – AFP, 27 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen