Buang syaitan dari badan, anak beranak di Amerika tipu AS$147,000


Upah itu dikatakan untuk rawatan membuang syaitan dari badan seorang warga emas. – Gambar EPA, 27 Ogos, 2017.

POLIS di New Jersey, Amerika Syarikat menahan seorang wanita dan anak lelakinya anak lelakinya selepas mereka menipu seorang warga emas lebih AS$147,000 (lebih kurang RM630,000) untuk rawatan kononnya membuang syaitan dari badan.

Menurut polis, Sally Wando yang mendakwa memiliki kuasa psikik dan anaknya Frank Marco berdepan tuduhan mencuri dan bersubahat, lapor agensi berita AFP.

Anak beranak itu mendakwa duit berkenaan bukan bayaran untuk perkhidmatan psikik tetapi untuk pembelian sebuah kereta daripada Marco, seorang pengedar kereta.

Siasatan polis menunjukkan dakwaan itu tidak berasas.

Mangsa memberitahu polis Wando menawarkan rawatan “pembersihan jiwa” sebanyak 14 kali dengan kos AS$10,500 (RM45,000) sekali temujanji.

Wando kemudian meminta memasukkan duit sebanyak AS$147,000 ke akaun edaran kereta milik anak lelakinya. — AFP, 27 Ogos 2017


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen