BEKAS perdana menteri Thai Yingluck Shinawatra yang kini dalam pelarian dipercayai berada di Dubai dan cuba mencari suaka politik di UK, kata sumber Junta kepada AFP, selepas melarikan diri daripada negara itu bagi mengelakkan dikenakan tindakan mahkamah.
Yingluck, 50, sepatutnya hadir ke Mahkamah Agung negara itu pada Jumaat untuk keputusan perbicaraannya yang mana dia mungkin dikenakan penjara 10 tahun kerana kecuaian jenayah.
Sumber junta yang rapat dengan pihak keselamatan memberi butiran terperinci cara dia melarikan diri dan berkata dia menaiki pesawat peribadi dari Thailand ke Singapura dan kemudian ke Dubai yang menjadi tempat tinggal Thaksin abang kepada Yingluck.
“Thaksin sudah lama merancang pelan melarikan diri kepada adiknya. Dia tidak akan biarkan adiknya walau sehari di penjara,” menurut sumber yang enggan dinamakan.
“Namun Dubai bukan destinasi terakhir Yingluck,” kata sumber itu dan menambah dia mungkin menyasarkan untuk mencari suaka di UK.
Thaksin yang pernah memiliki kelab bola sepak Manchester City, memiliki hartanah di London dan mengeluarkan perbelanjaan yang besar di bandar itu.
Dinasti politik Shinawatra muncul pada 2001 selepas memenangi hati rakyat miskin dengan beberapa siri skim bntuan kepada orang miskin yang membolehkannya menang pilihan raya di negara itu.
Kerajaan Yingluck pula digulingkan pada 2014 dan dia dibicarakan di atas kecuaian yang dikaitkan dengan subsidi beras yang mahal dan menaikkan dasar politik luar bandarnya.
Thaksin, yang merupaan abang Yingluck, meneta di Dubai sejak meninggalkan Thailand pada 2008 untuk mengelakjan diri daripada dipenjara atas sabitan rasuah. Dia digulingkan pada 2006. – AFP, 26 Ogos, 2017.
Komen