Barang turun harga jika peniaga patuh, kata Saifuddin


Mohd Farhan Darwis

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail berkata peniaga yang bertanggungjawab akan turunkan harga barangan apabila kos bahan api turun. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Januari, 2019.

HARGA barangan seharusnya turun ekoran penuruan harga bahan api, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Saifuddin Nasution.

Jelasnya, penurunan harga bahan api itu seharusnya diikuti penurunan indeks inflasi dan peniaga yang bertanggungjawab akan menurunkan harga barangan di pasaran.

“Dari segi dasar kita umum turun harga minyak, peniagaan alami penurunan kos pengeluaran sudah tentu akan diikuti penurunan kos,” kata Saifuddin kepada pemberita di Putrajaya.

Penurunan harga bahan api itu antara perkara utama yang akan menurunkan kadar inflasi dan petunjuk harga barang.

Bagaimanapun ia hanya akan berlaku sekiranya peniaga turut mematuhi undang-undang berkenaan.

“Kementerian kawal dasar dan undang- undang, Ia akan hanya berjalan kalau diikiti peniaga patuh, dan pengguna jadi pengguna bijak. Ekosistem itu mesti dapat dukungan semua.

“Saya merayu sokongan semua agar dasar itu dapat dinikmati bersama,” kata setiausaha agung PKR itu lagi.

Belia bercakap kepada pemberita selepas majlis anugerah perkhidmatan cemerlang kementeriannya hari ini.

Bermula Jumaat minggu lalu harga runcit petrol RON97 turun kepada RM2.23 daripada RM2.50 seliter manakala RON95 turun daripada RM2.20 kepada RM1.93 seliter. 

Harga runcit diesel pula turun daripada RM2.18 kepada RM2.04 seliter. Penetapan harga mingguan juga akan bermula Jumaat minggu ini. – 7 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen