Korea Utara lancar tiga peluru berpandu


Korea Utara melancarkan tiga peluru berpandu balistik jarak dekat berhampiran Kittaeryong, hari ini. – Gambar fail AFP, 26 Ogos, 2017.

KOREA Utara melancarkan tiga peluru berpandu balistik jarak dekat hari ini, kata tentera Amerika Syarikat (AS) susulan ketegangan antara Pyongyang dan Washington.

Peluru berpandu itu dilancarkan ketika berpuluh ribu tentera Korea Selatan dan AS mengambil bahagian dalam latihan bersama tentera, di mana Pyongyang menganggap ia sebagai latihan provokasi untuk menceroboh wilayahnya.

Dua daripada peluru berpandu itu gagal terbang dan yang ketiga meletup dengan pantas, kata jurucakap Pemerintah Pasifik AS.

Komander Dave Benham berkata tiada satu pun daripada peluru berpandu itu dilancarkan berhampiran Kittaeryong, memberi ancaman kepada Amerika Utara atau wilayah AS di Guam.

“Peluru berpandu pertama dan ketiga gagal membuat penerbangan, manakala yang kedua, meletup hampir serta-merta,” katanya, menambah pelancaran itu dibuat dalam tempoh 30 minit. – AFP, 26 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen