Taufan Harvey landa Texas


Harvey, serangan ribut petir pertama dalam musim taufan tahunan Atlantic, menyebabkan ratusan atau ribuan mangsa meninggalkan rumah masing-masing dan menjejaskan pengeluaran minyak Amerika. – Gambar AFP, 26 Ogos, 2017.

TAUFAN Harvey membadai pantai Texas semalam, membawa hujan lebat dan angin kuat, menjadi hujan ribut terkuat melanda Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh 12 tahun.

Presiden Donald Trump membenarkan Gabenor Texas Greg Abbott mengisytiharkan zon “bencana besar” di negeri itu bagi mempercepatkan penghantaran bantuan kepada jutaan yang terjejas.

Ribut petir itu dengan kelajuan angin 215km sejam – menjadi cabaran serangan domestik besar yang pertama kepada Trump, di mana White House berkata presiden itu akan melawat kawasan bencana awal minggu depan.

“Pada peringkat ini pun kita sudah menjangkakan ia bakal menjadi bencana yang amat besar,” kata Abbott, menambah lebih 1,000 anggota keselamatan dipanggil untuk membantu memindahkan mangsa.

Pusat Taufan Negara memberi amaran banjir besar dijangka berlaku susulan hujan lebat diramalkan dengan ribut petir, yang boleh mencecah kedalaman 4meter di sesetengah kawasan.

Jabatan Meteorologi memberi amaran puting beliung mungkin berlaku hari ini dari Texas membawa ke Louisiana, daerah yang dijangka bakal turut terjejas akibat ribut itu.

Harvey, serangan ribut petir pertama dalam musim taufan tahunan Atlantic, menyebabkan ratusan atau ribuan mangsa meninggalkan rumah masing-masing dan menjejaskan pengeluaran minyak di Teluk itu.

Tanah runtuh berlaku di bandar kecil Rockport, tidak jauh dari Corpus Christi, iaitu hab utama industri minyak AS. – AFP, 26 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen