SEORANG lelaki bersenjatakan pisau ditembak mati selepas mencederakan seorang tentera di ibu kota Belgium.
Pihak berkuasa menyifatkan kejadian itu sebagai serangan pengganas.
Pendakwa raya menyatakan lelaki itu menjerit ‘‘Allahuakbar” ketika bertindak ganas, kemudian ditembak mati oleh tentera di jalan raya di pusat bandar raya itu.
“Kami percaya ia serangan pengganas,” kata jurucakap pejabat pendakwa raya, menambah penyerang itu sudah meninggal dunia.
Salah seorang daripada dua anggota tentera yang menjadi sasaran itu cedera ringan, menurut pendakwa raya.
Serangan berlaku kira-kira jam 8 malam waktu tempatan di satu jalan di bandar Brussels.
Insiden itu berlaku selepas serangan didakwa dilakukan kumpulan IS di Sepanyol, hujung minggu lalu yang mengorbankan 15 orang dan seorang lelaki bersenjatakan pisau di Finland bertindak menikam mati dua orang dan mencederakan lapan yang lain. – AFP, 26 Ogos, 2017.
Komen