Agong tunai solat Jumaat di Kubang Kerian


Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V disambut menteri besar Kelantan, mufti dan barisan exco serta pegawai kanan kerajaan negeri. – Gambar Facebook Unit Media Pejabat Sultan Kelantan, 4 Januari, 2019.

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, di Kota Bharu.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob, Mufti negeri, Mohamad Shukri Mohamad, barisan exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Kira-kira 2,000 jemaah hadir menunaikan solat berkenaan yang diketuai imam Abdul Bari Abdullah.

Sebaik selesai solat fardu itu, baginda dan jemaah turut menunaikan solat hajat bagi memberkati pemerintahan baginda yang kini sudah kembali bertugas selepas beristirahat menjalani rawatan bermula 2 November sehingga 31 Disember tahun lalu. – 4 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen