Kerajaan Pulau Pinang tak bertanggungjawab jika teruskan LRT


PADA 30 November 2018 laporan telah menyatakan bahawa Dr Mahathir telah berkata yang projek MRT di Kuala Lumpur dan Lembah Klang adalah pembangunan berlebihan dan terlalu mahal.

“Ia telah menelan belanja RM 50 bilion, namun jumlah penumpang yang menggunakan MRT terlalu sedikit, hanyalah 130,000 sahaja. Jumlah ini adalah tidak mencukupi untuk memberikan apa-apa pulangan.

“Apabila kita membina sesuatu yang mana jumlah penggunaan maksimumnya hanya akan dapat dicapai dalam masa 20 atau 30 tahun akan datang. Pembinaan ini adalah terlalu awal, sedangkan pembinaan ini boleh dijalankan secara berperingkat.”

Kenyataan ini disokong oleh Pengarah Urusan Gamuda Lin Yun Ling yang mana menurut beliau:

“Pembinaan MRT adalah terlalu besar dan terlalu mewah.”

Beliau juga berkata jaringan Putra LRT mengambil masa 20 tahun bagi mencapai jumlah penumpang 250, 000 sehari berbanding dengan 50, 000 jumlah penumpang pada tahun awal operasi. 

Bagaimana pula dengan cadangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mencadangkan LRT dari Komtar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan cadangan penambakan tanah yang dianggarkan berjumlah RM 8 bilion?

Cadangan LRT ini adalah terlalu awal sama seperti kenyataan Dr Mahathir di atas mengenai projek MRT; cadangan ini juga sudah terlambat memandangkan LRT akan tidak lagi releven dengan adanya teknologi yang lebih baik secara khususnya seperti Autonomous Rapid Transit (ART), yang lebih murah, cepat dan fleksibel.

Berdasarkan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang 2013 yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri, perunding asal, Halcrow telah mencadangkan gabungan tram moden dan BRT sebagai mod pengangkutan awam yang sesuai.

Walaubagaimanapun, perunding semasa iaitu SRS Consortium yang tediri daripada Gamuda, Ideal Property dan Loh Phoy Yen Holdings telah menukarnya kepada LRT dan monorel.

Bagi memberikan justifikasi kepada penambahan kos ini sasaran pengguna telah dinaikkan. SRS telah meletakkan jumlah pengguna pada tahun 2023 pada 42 juta orang pengguna setahun atau 115,000 ribu pengguna sehari yang mana merupakan angka yang tidak masuk akal.

Bagi memahami situasi ini pihak kami telah membandingkannya dengan situasi di Kuala Lumpur.    

Jumlah pengguna sebenar adalah jauh lebih rendah daripada jangkaan pengguna pada semua LRT, monorel dan MRT.

Setelah beroperasi lebih dari 2 dekad, tiada satu rangkaian pun mencapai jangkaan pangguna yang telah disasarkan.

Pada 2017 jumlah pengguna sebenar berbanding jangkaan untuk LRT1 adalah 97% (setelah 20 tahun); 66% bagi LRT2 (setelah 21 tahun), dan 47% bagi monorel (setelah 16 tahun).

MRT1 yang mula beroperasi pada pertengahan 2017 dan berbanding jangkaan pengguna 400,000 sehari, jumlah pengguna sebenar hanyalah 149,000 bagi suku ketiga tahun 2018.

Rangkaian MRT merangkumi jumlah penduduk sebanyak 1.2 juta orang, jumlah penduduk di George Town dan bahagian selatan Pulau Pinang hanyalah kurang dari 350,000 orang.

Perbandingan lain boleh dilihat daripada jumlah pengguna Rapid Penang yang berjumlah hanyalah 90,000 pengguna sahaja selepas lebih 10 tahun dengan 305 buah bas melalui 71 rangkaian merangkumi seluruh negeri. 

Perunding SRS telah menjangkakan kos pengoperasian LRT ialah RM 170 juta setahun. Bagi mencapai pulang modal jumlah pengguna harian perlulah mencapai 115, 000 dengan purata RM 4 bagi semua rangkaian. Walaupun dengan mengambil kira pelancong adalah tidak masuk akal yang jumlah pengguna akan mencapai jumlah pengguna 115, 000.

Sekiranya jumlah pengguna sebenar adalah 20% daripada jangkaan pengguna, maka kerajaan negeri akan dibebani dengan defisit sebanyak RM 130 juta berbanding dengan budget negeri Pulau Pinang sebanyak RM 700 juta pada tahun 2017.

Roger Teoh, seorang pelajar doktor falsafah bidang pengangkutan di Imperial Collage telah menyuarakan kebimbangan yang sama mengenai jangkaan jumlah pengguna yang tidak masuk akal dan kemungkinan kerugian yang tinggi.

Tambahnya,  “jumlah tidak realistik sebanyak 42 juta jangkaan pengguna telah disuarakan sebanyak 4 kali namun masih tidak mendapat maklum balas daripada pihak kerajaan ngeri.”

Secara kesimpulannya teguran daripada Dr Mahathir mengenai isu MRT adalah benar bagi kes di Negeri Pulau Pinang juga yang mana “apabila kita membina sesuatu yang mana jumlah penggunaan maksimumnya hanya akan dapat dicapai dalam masa 20 atau 30 tahun akan datang maka pembinaan ini adalah terlalu awal.”

Pembinaan LRT adalah terlambat yang mana pembinaanya juga adalah terlalu besar dan terlalu mahal, maka ianya juga telah terlambat untuk membina LRT kerana adanya teknologi yang lebih baik yang dapat memberikan perkhidmatan yang sama pada kadar yang lebih rendah.

Beberapa tahun ini pengilang dari negara China telah membuat penemuan mengenai Autonomous Rapid Transit (ART) atau pun tram tanpa trek.

Gabungan teknologi ini yang terdiri daripada keretapi dan bus boleh digunakan atas jalan raya biasa hanya dengan menggunakan sensor yang akan megikut laluan secara virtual.

Ini juga bermaksud trek kekal tidak perlu dibina dan faktor ini akan menjimatkan kos pembinaan secara signifikan, cepat dan lebih berkos rendah. Sistem tanpa trek kekal ini juga mempunyai kos pembinaan dan pemuliharaan yang rendah.

Kos pembinaan sistem tanpa trek ini dijangka AUD 6-8 juta setiap kilometer yang jauh lebih murah berbanding dengan sistem light rail di Sydney yang kosnya ialah AUD 120 juta setiap kilo meter.

Selain daripada sistem baharu yang menggunakan sensor ini juga, dapat diubah mengikut kepentingan laluan, keadaan trafik dan pembangunan masa hadapan tanpa terikat kepada laluan trek yang kekal. 

Sistem tanpa trek ini telah dilaksanakan pada mulanya di Zhujou dan telah mendapat maklum balas yang sangat baik di Australia dan Eropah.

Professor Peter Newman, seorang pakar bidang pengangkutan telah melawat China baru-baru ini bagi menjalankan kajian sistem ART telah menyatakan bahawa sistem ini adalah teknologi yang terkini dan banyak bandar – bandar di Australia ingin mengunakannya.

Memandangkan perubahan teknologi yang semakin baik adalah sangat tidak bertanggugjawab sekiranya Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih lagi mahu membina sistem LRT dan monorel yang sudah terbukti sudah ketinggalan zaman, terlalu besar, mahal dan tidak fleksibel.  – 3 Januari, 2019.

*Dr Lim Mah Hui adalah bekas jurubank antarabangsa, profesor dan ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen