Kanak-kanak antara terbunuh dalam serangan udara di Yaman


Pakatan yang diketuai Arab Saudi meneruskan serangan udara yang disasarkan ke atas pemberontak di Sanaa, Yaman. – Gambar EPA, 25 Ogos, 2017.

KANAK-Kanak merupakan antara terbunuh dalam serangan udara pada Jumaat di kawasan kejiranan ibu negara Yaman, Sanaa, kata saksi dan petugas perubatan.

Serangan itu merupakan yang terbaharu dalam yang dijalankan pakatan yang diketuai Arab Saudi hingga menimbulkan kecaman antarabangsa.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Jumaat menuduh pakatan Arab menjadi punca 42 orang awam terbunuh pada Khamis termasuk kanak-kanak.

Serangan udara pada Jumaat tu memusnahkan dua buah bangunan di seatan daerah Faj Attan, menyebabkan ramai yang tertimbus dalam runtuhan, kata jurufoto AFP yang berada di tempat kejadian.

Gambar yang dirakam memaparkan bangunan yang rosak teruk dengan serpihan konkrit, kayu dan besi bertebaran.

Stesen televisyen Al-Massira milik pemberontak Huthi yang mengawal ibi negara itu berkata seranga terbabit menyebabkan 14 orang awam terbunuh termasuk enam kanak-kanak dan menyalahkan pakatan Arab Saudi dalam serangan itu.

Pasukan perubatan yang tiba di lokasi dan sumber keselamatan pemberontak itu berkata sekurang-kurangnta semblan orang disahkan terbunuh.

Mohammed Ahmad yang tinggal berhampiran salah sebuah bangunan terbabit berkata, dia merupakan antara mereka yang membawa sembilan mayat mangsa ke hospital.

“Kami keuarkan mayat itu satu persatu daripada runtuhan, ada di antara mereka adalah kanak-kanak.

“Apabila roket mengena, salah sebuah bangunan ini musnah serta merta dan turut menyebabkan bangunan bersebelahan runtuh. Ada penduduk yang berjaya keluar namun kebanyakan mereka terperangkap,” katanya. – AFP, 25 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen