PARTI khusus untuk kaum India (MIC) mengumumkjan penutupan operasinya di Sabah, dengan bekas pengerusinya dijangka mengumumkan parti baru bagi mewakili 12,000 orang India di negeri itu hujung minggu ini.
V. Jothi enggan mendedahkan nama parti baru itu, beliau hanya menyatakan ia akan menjadi parti yang berpengkalan di negeri itu.
“Selepas pilihan raya umum 9 Mei, kita tidak lihat MIC boleh terus berjalan, ia akibat kejatuhan Barisan Nasional di Sabah.
“Jadi, kami putuskan untuk wujudkan sebuah platform yang berpengkalan di Sabah, ia akan jadi sebuah parti yang mesra kerajaan.”
Jothi dijangka membuat pengumuman itu di Kota Kinabalu Ahad depan.
Beliau berkata parti berasaskan kaum masih diperlukan bagi mewakili masyarakat India Sabah, yang isunya memerlukan penyelesaian khusus.
BN kini digantikan Gabungan Bersatu Sabah (GBS) sebagai pembangkang utama di negeri tersebut.
GBS merangkumi Parti Solidariti Tanah Airku, Parti Solidariti, serta beberapa ahli Parlimen dan Adun Bebas yang keluar daripada Umno dan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu. – 1 Januari, 2019.
Komen