KPM sedia khidmat meja bantuan sesi persekolahan 2019 


Perkhidmatan meja bantuan itu bagi membantu ibu bapa yang memerlukan penjelasan atau maklumat berkaitan sesi persekolahan 2019. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Januari, 2019

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) menyediakan perkhidmatan meja bantuan (help desk) di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi membantu ibu bapa yang memerlukan penjelasan atau maklumat berkaitan sesi persekolahan 2019.

KPM dalam kenyataan hari ini berkata ibu bapa boleh menggunakan kemudahan itu untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu seperti pemansuhan Peperiksaan Tahap Satu (tahun satu, dua dan tiga), buku teks, bantuan awal persekolahan dan pendaftaran sekolah bagi kanak-kanak warganegara Malaysia tanpa dokumen.

“Khidmat Help Desk ini akan beroperasi mulai esok, 2 Januari 2019. Khidmat ini akan beroperasi pada waktu pejabat,” katanya.

Untuk tujuan tersebut, KPM berkata ibu bapa boleh menghubungi JPN masing-masing, bagi Perlis di talian 04-9737693, Kedah (04-7404000), Pulau Pinang (04-6521012), Perak (05-5015109), Selangor (03-55108711), Kuala Lumpur (03-62046145/46) dan Putrajaya (03-88890000).

Di Negeri Sembilan pula JPN boleh dihubungi di talian 06-7653192), Melaka (06-2325542), Johor (07-2310000), Pahang (09-5715741), Kelantan (09-7418082/8092), Terengganu (09-6213003), Sabah (088-537111), Sarawak (08-2473712/08-2473742) dan Labuan (087-583360). – Bernama, 1 Januari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen