Nasib Yingluck ditentukan hari ini


Yingluck juga adik kepada bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra yang digulingkan pada 2006 dan melarikan diri selepas disabitkan bersalah dalam kes rasuah. – Gambar AFP, 25 Ogos, 2017.

MAHKAMAH Tinggi Thailand hari ini akan memutuskan sama ada bekas perdana menteri Yingluck Shinawatra bersalah atau tidak atas tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Jika didapati bersalah, Yingluck, 50, berdepan hukuman penjara 10 tahun dan larangan daripada menyertai politik seumur hidup.

Bekas perdana menteri wanita pertama yang digulingkan tentera pada 2014 itu dituduh cuai dalam melaksanakan skim subsidi padi hingga menyebabkan kerugian berbilion Baht.

Polis mula berkawal sejak lewat petang semalam di pekarangan mahkamah dengan memasang halangan dan kamera litar tertutup (CCTV) untuk menghalang penyokong Yingluck daripada menghampiri kawasan itu.

Sementara itu, Yingluck menerusi laman media sosial Facebook miliknya, meminta penyokongnya tidak keluar dari rumah untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini dilakukan pihak yang cuba menggugat keamanan negara dan rakyat.

Ketika perbicaraannya selama 18 bulan, orang ramai berkumpul di luar mahkamah, menghadiahkannya dengan bunga mawar dan melaungkan sokongan.

Yingluck juga adik kepada bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra yang digulingkan pada 2006 dan melarikan diri selepas disabitkan bersalah dalam kes rasuah.

Keluarga jutawan Shinawatra muncul sebagai pemegang kuasa politik pada 2001 selepas Thaksin menjadi perdana menteri.

Thaksin menjana ekonomi negara dan menyediakan skim kebajikan lanjutan untuk golongan miskin.

Tetapi pengkritik menuduhkan menggunakan kuasa politik untuk mengembangkan kepentingan perniagaannya.

Beliau terus dikritik oleh golongan elit Bangkok tetapi disayangi masyarakat luar bandar. – AFP, 25 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen