Murid darjah 1 maut dibelasah murid darjah 6


SEORANG murid lelaki Tahun Satu sekolah berasrama di Bahagian Kapit meninggal dunia di Hospital Sibu pada petang semalam dipercayai akibat dibelasah seorang murid Tahun Enam sekolah itu Selasa lalu.

Mangsa dikatakan ditumbuk di bahagian kepala dan disepak di bahagian badan sambil mulutnya ditutup dengan menggunakan sehelai selimut.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Amer Awal yang dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di Hospital Sibu pada 3.30 petang.

“Mangsa mengalami cedera parah di kepala akibat dipukul dan lebam di badan. Siasatan awal mendapati mangsa telah dibelasah di asramanya pada tengah malam Selasa sebelum dikejarkan ke hospital Kapit,” katanya.

Beliau berkata seorang murid ditahan untuk disiasat namun dibebaskan dengan jaminan polis kerana akan menjalani peperiksaan UPSR pada September.

Satu pasukan khas yang diketuai Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian ditubuhkan bagi menyiasat kes tersebut. – Bernama, 25 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen