Pelantikan MMP kuasa prerogatif presiden


SEMUA pihak perlu bertenang dan menghormati keputusan yang dibuat oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim berkaitan pelantikan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti kerana itu adalah kuasa prerogatif presiden.

Kuasa yang diperuntukkan kepada presiden untuk melantik beberapa jawatan penting termasuk naib presiden dan setiausaha agung adalah jelas bersandarkan perlembagaan parti.

Tentunya presiden sudah meneliti setiap pandangan dan melalui proses konsultasi sebelum sebarang keputusan diambil.

Justeru, mempertikaikan keputusan presiden adalah perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pimpinan kerana persepsi umum melihat terdapat keretakan hubungan di kalangan pimpinan tertinggi.

Seharusnya selepas pemilihan parti, seluruh saf kepimpinan perlu berganding bahu untuk merealisasikan janji-janji kepada rakyat dan bukannya masih bercakar hal politik dalaman parti.

Rakyat sedang menilai prestasi kita melalui kerja dan bukannya melalui percakaran.

Setiap pimpinan boleh menyuarakan pandangan melalui saluran dalaman dan bukannya memilih jalan melalui media kerana ia mampu menimbulkan persepsi negatif.

Sehubungan itu saya menyeru semua pihak untuk bermuhasabah diri dan menerima segala keputusan demi kelangsungan survival PKR. – 30 Disember, 2018.

* Syed Badli Shah Syed Osman adalah naib ketua AMK.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen