2 lelaki Singapura berpakaian wanita dipenjara di UAE


Dua lelaki itu dipenjara kerana berpakaian wanita di tempat awam yang dianggap kesalahan di negara itu. – Gambar AFP, 24 Ogos, 2017.

DUA rakyat Singapura, salah seorangnya transgender dijatuhkan hukuman penjara setahun di Emiriah Arab Bersatu (UAE) atas dakwaan berkaitan penampilan mereka, kata sebuah kumpulan hak asasi.

“Dua rakyat Singapura dijatuhkan hukuman penjara setahun di Abu Dhbai selepas ditahan berkaitan dakwaan berkelakuan tidak senonoh kerana pakaian mereka,” kata Radha Stirling, ketua NGO Detained di Dubai dan rakan kongsi firma guaman Stirling Haigh Law.

Radha berkata mereka tidak diwakili peguam pada perbicaraan pertama mereka.

Katanya organisasinya akan merayu keputusan itu dan meminta hukuman itu dikurangkan kepada denda dan pengusiran.

Walaupun penduduk masih diberikan kebebasan terkawal dalam kehidupan peribadi mereka, liwat dan seks luar nikah masih dianggap jenayah di negara itu.

Artikel 358 Kanun Keseksaaan negara itu juga meletakkan “pakaian tidak senonoh” sebagai menganggu ketenteraman awam.

Pada 2016, Emiriah Arab Bersatu membenarkan pembedahan pertukaran jantina di bawah undang-undang liabititi perubahan yang baru. – AFP, 24 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen