Had perdagangan forex cecah AS$800 juta di bawah pentadbiran Nor Mohamed


Asila Jalil Bede Hong

Bekas Pembantu Gabenor Bank Negara, Nor Mohamed Yakcop dilaporkan memberikan arahan supaya had perdagangan forex dinaikkan sehingga AS$800 juta sehari. – Gambar EPA, 24 Ogos, 2017.

BEKAS Pembantu Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Nor Mohamed Yakcop membenarkan perdagangan tukaran asing mencecah sehingga AS$800 juta sehari, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat kerugian bank pusat era 1990-an diberitahu hari ini.

Seorang bekas peniaga forex BNM, Fizaman Noor Mohammad Nasir, 53, mengatakan yang peniaga bank pusat itu sebenarnya hanya dibenarkan untuk berdagang sehingga AS$30 juta untuk setiap sesi dagangan.

Bagaimanapun katanya, had itu dibatalkan Nor Mohamed yang tidak mempunyai had perdagangan disebabkan beliau menjawat jawatan pengurusan.

“Pernah sekali saya terima arahan untuk buat dagangan setinggi itu. Dan saya ikut arahan itu,” katanya.

“Saya tidak berhak menolak (arahan Nor Mohamed Yakcop),” tambahnya.

Nor Mohamed adalah pengurus Jabatan Perbankan BNM berkaitan dengan perdagangan asing (forex) pada 1980an serta penasihat perdagangan forex BNM pada 1991 sehingga 1993.

Beliau kemudian dilantik memasuki Kabinet sebagai menteri kewangan kedua pada 2004. – 24 Ogos, 2017.

MENYUSUL LAGI


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen