Pasangan 'syaitan' yang salah dipenjarakan terima pampasan RM14.5 juta


PASANGAN suami isteri warga Amerika Syarikat (AS) yang dipenjarakan selama 21 tahun atas tuduhan mendera kanak-kanak secara seksual sebagai sebahagian daripada upacara penyembahan syaitan, menerima AS$3.4 juta pada Rabu daripada kerajaan Texas, beberapa bulan selepas pendakwa raya mengisytiharkan mereka tidak bersalah.

Pemilik pusat jagaan kanak-kanak, Dan dan Fran Keller menjadi perhatian umum apabila kesnya menjadi sensasi pada 1991, yang didakwa mendera kanak-kanak dan menjalankan ritual gelap.

Pihak berkuasa kemudiannya mengakui kanak-kanak itu diwawancara secara tidak wajar, mencetuskan ingatan yang salah, dalam suasana ketakutan terhadap kepercayaan yang syaitan sedang memburu kanak-kanak.

Doktor yang mendakwa menemui bukti penderaan fizikal juga mengakui pada 2013 yang beliau membuat kesilapan dalam menilai punca salah satu kecederaan kanak-kanak itu.

Kellers dibebaskan dari penjara tahun itu, tetapi tidak sepenuhnya dibebaskan daripada tuduhan terhadap mereka sehingga Jun lalu, apabila pendakwa raya akhirnya mengaku mereka tidak bersalah.

Menurut undang-undang Texas, kedua-duanya berhak mendapat pampasan AS$80,000 bagi bilangan tahun yang mereka habiskan di penjara.

Mereka mengambil pampasan AS$3.4 juta pada Rabu, kata peguam mereka Keith Hampton kepada AFP.

“Mereka gembira,” kata Hampton.

Pasangan itu hidup dalam kemiskinan sejak pembebasan mereka, tidak dapat mencari sebarang pekerjaan dengan usia yang telah lanjut serta masalah undang-undang yang dihadapi, menurut akhbar Austin American-Statesman. – AFP, 24 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen