DUTA Rusia ke Sudan, Mirgayas Shirinsky ditemui mati di kolam renang di kediamannya di Khartoum.
“Beliau meninggal dunia di kediamannya,” kata Kementerian Luar Sudan dalam satu kenyataan, tanpa memberi punca kematian.
Jurucakap polis, Omar al-Mokhtar berkata Shirinsky ditemui mati di kolam renang kediamannya pada jam 7.05 malam (waktu tempatan).
“Siasatan awal menunjukkan kematiannya sebab semula jadi,” katanya kepada AFP, memetik jurucakap kedutaan yang mengatakan ia berkemungkinan disebabkan serangan jantung.
Agensi berita negeri RIA Novosti Russia turut melaporkan kematian diplomat veteran itu.
Setiausaha akhbar di kedutaan Rusia, Sergei Konyashin berkata ada tanda kemungkinan duta besar itu mengalami serangan jantung. – AFP, 24 Ogos, 2017.
Komen