Jika Waytha kena, singkir juga Maszlee


The Malaysian Insight

P Waytha Moorthy tidak memainkan peranan sebagai pendamai dan mententeramkan isu kaum, tetapi menteri perpaduan itu sebaliknya dilihat bertindak sebagai pemimpin Hindraf. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Disember, 2018.

P WAYTHA Moorthy agresif, suka bertengkar dan berpandangan sempit kerana melihat segalanya melalui kaca mata kaum dan agama.

Beliau juga sangat tolol kerana mengeluarkan kenyataan berapi-api, hanya beberapa jam selepas insiden di kuil Hindu di Seafield.

Beliau tidak memainkan peranan sebagai pendamai dan mententeramkan isu kaum, tetapi menteri perpaduan itu sebaliknya dilihat bertindak sebagai pemimpin Hindraf.

Tapi ada perbezaan sangat besar di antara tindakan bodoh tanpa usul periksa dan tuduhan bertangungjawab ke atas kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang meninggal dunia akibat kecederaan selepas diserang perusuh di luar kuil.

Kumpulan di luar kuil itu sudahpun gelisah sebelum Waytha Moorthy mengeluarkan kenyataanya pertamanya. Mereka menerima maklumat bahawa kuil itu diserang dan ingin menuntut bela.

Di antara kumpulan itu adalah gengster India dan elemen jenayah – yang memporak peranda masyarakat dan meningkatkan statistik jenayah seluruh negara.

Beberapa hari lalu, seorang ibu keturunan India terpaksa mengebumi anak lelakinya berusia 28 tahun. Pemuda itu dengan tidak semena-mena dikelar hingga mati oleh gengster India bersenjatakan parang.

Edward Rishal S. Reggie maut di luar sebuah pub di Petaling Jaya.

Gengster India adalah satu masalah besar. Mereka hidup dengan keganasan dan menyebar ketakutan di kalalangan masyarakat itu.

Kumpulan ini percaya mereka tidak akan dikenakan tindakan, tapi mereka perlu dihapuskan.

Sekiranya polis ingin memburu pembunuh Adib dan pada masa sama menumpaskan geng ini, ia akan menjadi satu khidmat bakti kepada rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

Tapi nampaknya orang Bersatu mahu jawatan Waytha Moorthy. Mereka mahu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memecat menteri itu atau memaksanya meletak jawatan.

Mereka percaya dengan tindakan ini, kemarahan dan orang Melayu akan diredakan. Tetapi ia juga akan menguatkan lagi naratif bahawa setiap perkara di negara ini ditakrifkan oleh isu kaum dan bukannya oleh kedaulatan undang-undang.

Pemimpin seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga tidak banyak bezanya dengan Waytha Moorthy. Mereka juga mahu mendapat sokongan orang ramai.  

Selepas isu ICERD, ahli politik Melayu dalam Pakatan Harapan berasa tertekan untuk menunjukkan mereka juga mengutamakan kaum mereka sendiri kepada pengundi.

Mereka pasti berfikir bahawa kedudukan mereka akan dilihat lebih tinggi di kalangan kaum mereka sendiri jika Waytha Moorhty dipecat atau berja diasak meletak jawatan.

Mereka percaya akan dapat menikmati kejayaan ini untuk satu masa.

Wayta Moorthy mungkin tidak sesuai menjadi menteri perpaduan nasional. Beliau mungkin tidak layak memegang apa-apa jawatan dalam Kabinet.

Tetapi Dr Mahathir perlu menilai pelbagai faktor, termasuk sikap Waytha Moorthy dan prestasinya selama ini.

Jika beliau perlu berundur kerana sering buat kenyataan yang memberi kesan buruk tanpa berfikir panjang, beberapa orang lain dalam Kabinet itu juga perlu disingkir.

Paling utama adalah Menteri Pendidikan Maszlee Malik. Setiap minggu pasti ada kenyataan darinya yang menyebabkan ramai orang marah.

Sesetengah idea tersebut tidak masuk akal dan ada juga yang berbahaya.

Terbaru adalah kenyataanya agar guru berdakwah di Sabah dan Sarawak, sedangkan negeri itu terdiri dari masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Seperti juga Waytha Moorthy, Maszlee nampaknya berpandangan sempit kerana melihat segala-galanya dari kaca mata kaum dan agama. – 22 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Have you heard of any Malay Politicians, showing concern about the poverty amongst the Indians here.To highlight your community s needs doesnt make you a racist. If any Malaysian does something wrong, whether Indian, Malay or Chinese, they should be condemned.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Aplanaidu Pathanaidu · Ulasan