AS pecat laksamana selepas insiden pelanggaran kapal pemusnah di Singapura


Keputusan memecat Naib Laksamana Joseph Aucoin ekoran siasatan dilakukan pihak tentera secara menyeluruh selepas kejadian pelanggaran kapal pemusnah USS John S. McCain yang mengakibatkan 10 anak kapal hilang dan lima cedera. – Gambar AFP, 23 Ogos, 2017.

KOMANDER armada ketujuh tentera laut Amerika Syarikat (AS) berdepan pemecatan jawatan susulan insiden pelanggaran kapal pemusnahnya dengan kapal dagang baru-baru ini, kata seorang pegawai pertahanan pada Selasa.

Keputusan memecat Naib Laksamana Joseph Aucoin daripada jawatannya di Jepun ekoran siasatan dilakukan pihak tentera secara menyeluruh selepas kejadian pada Isnin yang melibatkan kapal pemusnah USS John S. McCain yang mengakibatkan 10 anak kapal hilang dan lima cedera.

Ia adalah perlanggaran maut kedua dalam tempoh dua bulan – selepas USS Fitzgerald bertembung kapal kargo Filipina di Jepun pada Jun, mengorbankan tujuh anak kapal – dan kemalangan keempat di Pasifik tahun ini yang melibatkan kapal perang Amerika.

Insiden itu mencetuskan kebimbangan kemampuan tentera laut AS di Asia Timur – kedua-dua kapal milik Armada Ketujuh – untuk berdepan keagresifan China dan isu nuklear Korea Utara.

Kemalangan terbaru berlaku sebelum subuh di pelaburan di Selat Singapura, dan menyebabkan air memasuki kapal.

Pencarian besar-besaran melibatkan kapal terbang dan pesawat tentera dilancarkan dan penyelam tentera laut AS menyertai operasi itu semalam.

Penyelam menemui beberapa mayat anak kapal, kata Laksamana Scott Swift, komander Armada Pasifik AS pada Selasa.

McCain sedang menuju hentian rutin di Singapura selepas melakukan"operasi navigasi bebas” di Laut China Selatan.

Pada Isnin, Ketua Laksamana Operasi Angkatan Laut AS John Richardson memberi tempoh seminggu kepada para komandan bagi perbincangan.

Satu “semakan menyeluruh” akan dilakukan. – AFP, 23 Ogos, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen