Ahli Parlimen DAP tegur temujanji Nurul Izzah, Rafizi dengan KJ


Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata pertemuan Nurul Izzah, Rafizi Ramli dan Khairy Jamaluddin hanyalah untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu kegagalan kerajaan Pakatan Harapan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 2o Disember, 2018

BERHENTI menggunakan “temujanji makan tengahari” untuk mengalih perhatian rakyat daripada kegagalan Pakatan Harapan (PH), kata Ramkarpal Singh daripada DAP kepada dua pemimpin PKR Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, temujanji makan tengahari mereka baru-baru ini dengan Khairy Jamaluddin daripada Barisan Nasional, yang gambarnya tular di media sosial, adalah cubaan mengalih perhatian wakil rakyat Umno untuk menyertai PH, selain isu tekanan kos hidup.

“Makan tengahari Nurul Izzah, KJ dan Rafizi mengalih tumpuan.

“Ia mungkin menjadi berita selama satu atau dua hari, tetapi kenyataannya adalah rakyat semakin bosan dengan omong kosong ini, drama ini, wayang ini,” kata Ramkarpal dalam kenyataannya.

Selain khabar angin mengenai sekurang-kurangnya 40 lagi ahli Umno ingin lompat parti kepada kerajaan PH, beliau menekankan kenaikan harga telur sebagai isu yang menjadi kebimbangan rakyat Malaysia.

Beliau berkata bekas ahli Umno di kawasannya mengadu mengenai kedua-dua isu itu, dan bertanya mengapa PH kini berubah menjadi seperti Umno.

Beliau berkata pengundi benar apabila mengatakan PH tidak jauh beza daripada Umno jika ia juga boleh mempertimbangkan untuk menerima “orang yang singkirkan”.

“Apa yang berlaku sekarang ialah kerajaan PH yang baharu sedang gagal.”

Ahli Parlimen Rembau Khairy, Umno, Nurul Izzah dan Rafizi bertemu di sebuah restoran sehari selepas Nurul Izzah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai naib presiden PKR, serta jawatan lain dalam parti dan kerajaan pada Isnin. Ia adalah pertemuan kedua mereka pada bulan ini.

Sumber parti berkata, beliau berhenti untuk menghentikan tuduhan nepotisme terhadapnya dan bapanya, Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata langkah itu disebabkan oleh “perkembangan dalaman”, tetapi tidak menjelaskannya.

Semalam, Rafizi berkongsi artikel akhbar mengenai pertemuan kedua mereka dalam tweet.

“Kami tidak pernah membincangkan bertukar parti atau memulakan parti baru.

“KJ mengajar saya cara menggunakan filter Instagram. Nurul Izzah memberikan petua tentang sekolah kanak-kanak. Saya memberi petua bagaimana untuk menambah berat badan.”

Pertemuan mereka menimbulkan tanda tanya, memandangkan kenyataan Khairy terhadap Anwar pada masa lalu. – 20 Disember, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Petua menambah berat badan. Wow.

    Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Siti Fatimah · Ulasan