132 bekas pekerja Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang kini sudah mansuh meminta bantuan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mendapatkan pekerjaan baharu.
Mereka adalah antara 967 pekerja yang diberhentikan selepas kerajaan Pakatan Harapan berkuasa. Sebelum ini, mereka diberikan jaminan yang surat pelantikan pekerjaan baharu akan diberikan menjelang 15 Disember lalu, tetapi ia tidak jadi kenyataan.
Pada 6 Jun lalu, suruhanjaya itu dinamakan semula sebagai Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT). SPAD sebelum ini adalah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Dalam memorandum dilihat The Malaysian Insight kepada Dr Mahathir, pekerja itu berharap perdana menteri itu akan mampu menyelesaikan kemelut tersebut.
Dalam memorandum itu, mereka berkata Menteri Pengangkutan Anthony Loke dalam satu pertemuan dengan pekerja pada September lalu berjanji yang surat lantikan pekerjaan baharu akan diberikan menjelang 15 Disember. – 19 Disember, 2018.
Komen